30 July 2008

PERINGATAN UNTUK MELAYU


Berjuang demi Agama, Bangsa dan negara...


Berjuang demi Agama, Bangsa dan negara...


Sebagai manusia kita mesti sentiasa bersyukur akan nikmat yang Allah SWT berikan. Kemuliaan Allah telah kurniakan kepada kita khususnya bangsa Melayu untuk menjadi pemerintah dan pentadbir di bumi Malaysia ini. Nikmat kemuliaan yang Allah SWT berikan ini wajib untuk kita jaga dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan seluruh rakyat melalui pendekatan Hablum Minallah wa hablum Minannas. Dua pendekatan yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim sejati.


Jangan kita lupa dan menjauhkan Allah SWT dari bentuk kehidupan kita seharian, kerana sikap itu menjadikan Allah SWT murka lalu menarik semula kemuliaan yang telah dianugerahkan kepada kita. Jika itu berlaku, maka akan hina dan binasalah, bukan sahaja kita tetapi bangsa Melayu keseluruhannya di bumi Malaysia ini.


Sejarah telah membuktikan, Allah SWT sangat memuliakan bangsa Arab, dengan member pengiktirafan kepada Nabi Muhammad SAW seorang berbangsa Arab, menunggang Buraq sehingga ke Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Namun kemuliaan yang Allah SWT berikan pada bangsa Arab ini, gagal disyukuri sepenuhnya, malah mereka agak jauh Hablum Minallah nya, menjauhkan hubungan sesame Islam, berpecah belah, fitnah, dengki mendengki hingga akhirnya Allah SWT menghancurkan mereka dengan sehina-hinanya sebagaimana yang dilakukannya di Iraq.


Islam ditelanjangkan, pemimpinnya (Saddam Hussin) digantung pada pagi Hari Raya Korban di bumi negaranya sendiri. Rakyatnya sekadar marah dan protes, namun tidak mampu berbuat apa-apa dengan penghinaan yang mereka terima.


Melayu jangan jadi begitu. Kemuliaan dan rahmat yang Allah SWT berikan mesti disyukuri selalu. Muhasabah dan bermuzakarah perlu disemarakkan, untuk kepentingan Islam dan Melayu. Ini bukan masanya fitnah menfitnah dan mengsyakki antara satu sama lain. Lapangkan dada, ikhlaskan hati dan kita bertafakur sejenak demi kepentingan Islam dan Melayu yang telah Allah SWT kurniakan kemuliaan di bumi Malaysia.


Marilah kita berusaha dan bermunajat kepada Allah SWT, agar kemuliaan itu Allah tidak tarik semula sehingga kita nanti hidup dalam serba kehinaan di bumi sendiri. Sedarlah saudara Islamku dan Bangsa Melayu ku, kita merti bertindak sekarang, sebelum segala-galanya terlambat. Wassalam.



kompilasi,

khairulnazri.blogspot.com



2 comments:

Siti Azrah Razali said...

Salam....

Terima kasih, itupun jika ada pencalonan.

wassalam

zelmey said...

Orang Melayu sekarang ramai yang tak sedar diri dan lupa sejarah.

Bangkit lah ...

Cars & Formula 1