11 September 2007

Liga Sukan Komuniti KRT Fasa 4



Liga Sukan Komuniti KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4, Pelabuhan Klang telah diadakan pada 28-29 Julai 2007. Sebanyak 24 pasukan bolasepak dan bola jaring telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Pertandingan ini adalah julung kali diadakan di KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4 yang terbuka kepada remaja-remaja dari umur 10 tahun hingga ke 15 tahun di sekitar Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kanak-kanak serta para ibu-bapa.

Insyaallah, pertandingan-pertandingan seumpama ini akan terus diadakan demi untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan para penduduk di Bandar Sultan Suleiman serta dapat melahirkan bakat-bakat dari kalangan remaja demi untuk kemajuan negara.

No comments:

Cars & Formula 1