14 March 2008

Nukilan Dari Seorang Bangsa Melayu


Pembaca dan anak anak bangsa yang dikasihi......

Pilihanraya ke12 telah pun tamat dan keputusan telah pun kita semua ketahui kekalahan BN (UMNO) di Kedah dan Kelantan kurang memberi kerisauan kepada ketuanan Melayu dikedua-dua negeri tersebut,disatu sudut yang lain mungkin ada kebaikannya.Cuma dari segi pembangunan dan kemajuan ia akan membantutkan usaha-usaha kerajaan pusat dalam memajukan kedua-dua negeri tersebut
Tetapi berlaku scenario yang lebih mengecutkan perut orang-orang Melayu bagi yang sedar dan prihatin bukan sahaja di Selangor dan Perak malah diseluruh pelusuk tanahair akan situasi yang sedang berlaku diPerak dan Selangor.Seperti yang kita sedia maklum BN tumpas di kedua-dua negeri tersebut, negeri yang satu ketka dahulu menjadi kubu kuat kepada BN(UMNO).Walaupun jawatan Menteri Besar masih lagi dipegang oleh orang Melayu iaitu Pas diPerak dan Keadilan di Selangor,namun akibat kebanjiran wakil-wakil DAP dan wakil bukan Melayu dari Keadilan dikedua-dua Dewan Undangan Negeri tersebut akan memaksa beberapa jawatan penting dan sensitif yang selama ini banyak melindungi hak istimewa orang Melayu terpaksa di serahkan kepada bukan Melayu.
Seperti yang kita sedia maklum banyak hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam yang sudah termaktub didalam Perlembagaan negara dan negeri sudah banyak kali cuba dicabar oleh DAP dan Hindraf (Keadilan).Ramai dari kita mungkin tidak sedar akan keistimewaan ini,mungkin apabila hak keistimewaan ini hilang barulah ketika itu kita sedar dan menyesalinya seperti mana apabila kita sihat kita tidak dapat merasai nikmatnya sihat namun apabila kita ditimpa sakit barulah kita dapat merasakan betapa nikmatnya tubuh badan yang sihat,begitulah perbandingannya.

Pulau Pinang sudah tergadai ketangan DAP, apakah dan bagaimanakah nasib orang Melayu disana? Sedangkan ketika BN masih berkuasa begitu besar cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu disana,bagaimanakah nasib nasib mereka apabila diperintah oleh parti yang terang-terang anti Melayu dan Islam.Siapakah selama ini dibelakang LINA JOY? Siapakah selama ini dibelakang rusuhan Hindraf? Siapa lagi kalau bukan DAP dan Keadilan.Siapakah yang membenarkan ini berlaku?Ramai dari kita terpengaruh dengan isu kenaikan harga minyak dan harga barang,tapi ini bukan setakat isu nasional tapi ia adalah isu global, bukan sahaja berlaku malah lebih teruk diseluruh dunia.Mungkin kita marah dan kecewa dengan sesetengah kepimpinan hari ini dan menuduh mereka korup (yang tidak dinafikan ada kebenarannya) dan akibat dari taburan fitnah dan janji-janji yang begitu sukar dipenuhi yang disajikan oleh DAP dan Keadilan maupun Pas, kita bertindak dengan membunuh parti yang banyak berjasa terhadap nasib dan survival orang Melayu selama ini...........

Apakah yang kita dapat dari perubahan yang kita sendiri lakukan ini
???? Apakah harga minyak benar-benar akan turun?Apakah harga barang benar-benar akan turun?Apakah benar setiap keluarga akan mendapat RM6000.00??Apakah korupsi benar-benar dapat dihapuskan? Belum pasti......dan segalanya akan terjawab kemudian.Kepimpinan Melayu sering dikaitkan dengan korupsi,soalannya, siapakah yang memberi?Apakah Singapura yang diperintah PAP(bapa DAP) bebas dari rasuah,apakah mereka bebas dari kronisma?Apakah tangan Anwar Ibrahim bersih dari rasuah?Semua persoalan yang disebut tadi kita mampu menjawapnya sendiri.Perkara yang paling kita harus sedari, bumi yang kita pijak hari ini,yang diwariskan oleh nenek moyang kita menjadi tambah sempit,kuasa yang melindungi dan menghidupkan orang Melayu selama ini sudah mula hilang dan malap.Kita mungkin tidak menangis hari ini kerana kita sendiri tidak menyedarinya dan menghargainya ......tetapi fikirkan masa depan generasi anak cucu kita, jika mereka mengetahui kitalah yang turut sama memusnah keistimewaan itu, tentulah mereka amat kecewa dan tidak mustahil kita bakal dimaki hamun.Apakah kita ingin memikul dosa tersebut?Sesuatu yang sudah terlepas dari tangan amat sukar diganti....yang tinggal kekesalan yang amat sangat. Jangan cuba bermain api takut terbakar tangan sendiri,jangan biarkan diri kita dipengaruhi tohmahan memburukkan bangsa sendiri oleh bangsa yang terang-terang berlindung dibalik perjuangan menegakkan keadilan namum mempunyai agenda mereka sendiri.

Fikirkanlah...renungilah kapal kita sudah hampir karam untungnya masih belum tenggelam, Sedarilah dan insaflah sebelum terlambat., Na'uzubillah!

Ikhlas dan insaf
Anak Semantan


kompilasi oleh,
khairulnazri.blogspot.com

2 comments:

PembelaMelayu said...

Assalamualaikum,
Saya lihat anda ada ciri2 pejuang melayu... harap boleh melawat ke website kami http://www.pembela.com.

kalu boleh letak link ke laman saya juga

Khairul Nazri said...

Terimakasih diatas komen saudara itu. Saya senantiasa mengalu-alukan komen-komen yang membina demi untuk meningkatkan lagi kefahaman serta merapatkan jurang perbezaan pendapat, pemikiran serta aspirasi setiap individu dan masyarakat.

Insyaallah, saya akan link kan blog saya ini bersama dengan lama web saudara. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan darinya.

Khairul Nazri