Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka , al-Nilam
dan al-Nitak
boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orion berada di langit
Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat. Bintang ini cukup aku kenang.Bermula dari zaman remaja hingga sekarang ni.Tak pernah aku lupa mendongak ke langit untuk melihat bintang ni bila ada peluang.selain dari dah memang hobi masuk hutan, sebab bintang ni jugalah aku bagai terpanggil meredah hutan belukar.
Di malam yang sepi sambil mendongak ke langit menyaksikan taburan bintang, cukup indah aku rasakan.Bagai melihat gadis idaman berlalu di hadapan mata.Cukup indah ciptaan Yang Maha Esa Allah S.W.T yang satu ni.Tiap kali aku terlihat bintang ni hati aku cukup sayu rasanya.Bagai ingin kembali ke zaman ramaja dulu.
Kali pertama aku terpandang bintang ni, masa camping di atas Gunung Tunggal dalam tahun 80'an.Sebenarnya orang kampong aku panggil bukit ni gunung, tak tahu lah kenapa!Masa tu kami berlima termasuk 2 orang kawan karib aku masa di bangku sekolah dulu.3 bintang sederet ni aku anggap mewakili keakraban kami bertiga.
Jika anda perluang melihat bintang semasa langit cerah, cari lah 3 bintang besar selari ini berjarak hampir sama antara satu sama lain.
kompilasi oleh,
zulhadi.multiply.com
No comments:
Post a Comment