05 April 2008

Habuan Pilihanraya

Ini janji Kerajaan Barisan Alternatif (KBA) sekiranya mereka menang di Selangor. Memandangkan KBA telah menjaya menubuhkan sebuah kerajaan di Selangor, maka setiap penduduk di Selangor layak untuk membuat tuntutan dan menikmati seperti berikut. Kita harus sedar bahawa tuntutan ini bukan sekadar sebagai tuntutan pilihanraya tetapi ia lebih merupakan hak kita sebagai rakyat, sebagai pengundi, sebagai pembayar cukai untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sebarang ketidakadilan kerajaan terdahulu harus kita tinggalkan tanpa melupakan kerana kita telah transpirasikan kehendak kita selama ini selepas 50 tahun dinaungi KBN pada PRU yang lalu. Maka sekali lagi kita semua harus menjalankan tugas hak kita mempastikan bahawa KBA ini menjalankan tugas dengan penuh profesional, tanggungjawab serta amanah.

Berikut adalah beberapa perkara yang menyentuh asas kehidupan kita hari ini yang perlu diambilberat, dipastikan pengisian dan tuntutanya untuk perhatian semua :-

Sosial dan Kebajikan Rakyat :
* membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
* memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
* memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
* memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
* memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
* memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga
* membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
* mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
* memberi elaun ibu tunggal yang layak
* memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
* membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
* mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam

Kesihatan Rakyat
* memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
* memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
* memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
* menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas

Ekonomi rakyat
* menyediakan premis perniagaan yang cukup
* memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
* memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
* mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus
* memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan
* menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan
mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan

Keselamatan rakyat
* menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir
* menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
* mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita

kompilasi,
khairulnazri.blogspot.com



No comments:

Cars & Formula 1