16 April 2008

PIKET – Kerakusan Nafsu Atau Penganiayaan Terhadap Rakyat

Baru-baru ini, kawasan kediaman Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang telah dikejutkan dengan notis pemberitahuan oleh pihak majlis berkuasa tempatan bahawa kawasan bersebelahan dengan perumahan bandar ini akan dijadikan sebuah zon perindustrian. Pihak yang bertanggungjawab memohon kelulusan untuk menukar status tersebut adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang pengerusinya adalah Dato Menteri Besar sendiri.

Di fahamkan selepas menerima notis yang berkenaan, sebuah jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan yang dianggotai dari pelbagai pemimpin masyarakat setempat samada dari Persatuan Penduduk, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), parti-parti politik dari kalangan UMNO, PKR mahupun PAS. Mereka telah bergabung di dalam memorandum bersama membantah cadangan yang dikemukan oleh pihak PKNS kepada PBT iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK).



Setiap daripada bantahan tersebut telah diserahkan kepada pihak MPK, PKNS, pejabat Menteri Besar, wakil-wakil rakyat yang berkenaan, media-media tempatan serta kepada semua para penduduk di Bandar Sultan Suleiman.


Menurut kajian sejarah kewujudan Bandar Sultan Suleiman ini adalah dari sebuah paya yang ditebus-guna dan dijadikan sebuah kawasan petempatan. Struktur tanah yang tidak kukuh akibat kerja-kerja tebus-guna yang tidak sempurna serta kerja-kerja pembinaan yang tidak di selenggara dengan sempurna oleh pemaju hartanah telah mengakibatkan kebanyakan kawasan perumahan disini mengalami kerosakan, retak dan terpaksa diperbaiki sepanjang masa. Perancangan serta perlaksanaan projek perumahan yang tidak sempurna ini telah mengakibatkan nilai hartanah di kawasan ini tidak menarik minat mendalam dari para pembeli rumah.


Kini para penduduk menghadapi suatu lagi permasalahan selain dari masalah kenderaan dan jentera berat yang melalui jalan utama di Bandar Sultan Suleiman, keselamatan, alam sekitar, pendatang asing, sosial dan sebagainya iaitu pembinaan kilang-kilang baru jika diberi kelulusan oleh pihak MPK kelak.



Difahamkan kilang yang bakal didirikan kelak ialah sebuah kilang industri berteraskan besi terutama untuk komponen pembuatan kenderaan. Sudah pasti industri besar sebegini memerlukan kepelbagaian jaringan samada keperluan sistem jalanraya, pengangkutan, tenaga kerja, sokongan kewangan perbankan, perrniagaan-perniagaan sokongan yang kebaikan dan keburukannya hampir setara.


Perjuangan kini bermula. Yang kuat tampak gagah dan yang lemah seolah-olah telah terkulai layu. Tetapi yang pasti setiap perjuangan harus ada pengorbanan. Dan setiap pengorbanan harus datang dengan kejujuran, keihklasan, perpaduan dan usaha yang berterusan. Insyallah, pasti berjaya

kompilasi,
khairulnazri.blogpsot.com

No comments:

Cars & Formula 1