23 May 2008

Imam Pun Terjerat


KANGAR: “Saya perasan (sedar) kes penipuan ini kerana pernah ternampak notis amaran dilekatkan di bank mengenai sindiket penipuan menerusi SMS Akademi Fantasia 6 (AF6), tetapi entah macam mana saya sendiri boleh terpengaruh,” kata Imam Masjid Negeri di Arau, dekat sini, Muridi Mohammad.

Muridi, 42, berkata, beliau bernasib baik kerana hanya memberi satu daripada tiga nombor akaun bank kepada anggota sindiket terbabit yang jumlah simpanannya sedikit berbanding dua akaun lain.

“Saya mempunyai tiga akaun simpanan dan memberi hanya satu daripadanya kepada ahli sindiket SMS ini, tetapi mujurlah jumlah simpanan di dalamnya kecil saja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Imam terbabit ialah mangsa terbaru yang kerugian RM240 apabila wang terbabit lesap daripada akaun simpanannya selepas diperdaya sindiket penipuan SMS AF6 yang kononnya dikendalikan Astro, Selasa lalu.

Pada pendapat saya, trend manusia kini lebih mengejar kemewahan samada ia sah, halal atau yang haram. Dan ini tidak terkecuali pada tuan imam kita ini. Peluang-peluang sebegini seperti mana yang mendatangi tuan imam ini sering membuatkan kita hilang pertimbangan, kewarasan, alpa, leka yang sememang jelas datang hasutan dari syaitan dan iblis.

Oleh hal yang demikian, harus kita dan diri saya ingati bahawa godaan syaitan ini datang dari pelbagai cara dan stail dan setiap manusia di dunia ini akan terus digodai tak terkecuali pada tuan imam kita juga ini.

kompilasi,
khairulnazri.blogspot.com

No comments:

Cars & Formula 1