30 May 2008

One A Million


Hari ini, genap 1 juta pengunjung ke laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad. Suaru pencapaian yang cemerlang kepada seorang yang masih baru berkecimpung di dunia blogging. Memang tidak dinafikan bahawa TDM seorang pemimpin yang berkaliber, berfikiran tajam serta berwawasam jauh tidak akan menghadapi sebarang masalah menjadi terus terkenal, terkemuka di dalam segala bidang yang diceburi.

Sebagai salah seorang yang hidup, belajar, bekerja di era pemerintahan beliau, minda saya telah terbuka seluas-luasnya akan setiap aspek kehidupan dari sekecil isu hingga ke masalah global. Pada fikiran saya, setiap pemimpin politik di Malaysia ini adalah penyamun dan ini tidak terkecuali pada TDM sendiri. Namun bagi saya TDM walaupun telah menyamun sejak sekian lama tetapi kami sebagai rakyat dapat menikmati juga hasil dari samunan beliau ini.

Kita telah menikmati cetusan ekonomi yang ekstrem yang menampakkan pembangunan negara yang amat sekali mendadak. Kecanggihan jalinan perhubungan samada dari udara, laut dan jalanraya yang memudahkan kita dari utara ke selatan, dari timur ke barat hinggakan ke setiap ceruk rantau dunia terhasil dari pembangunan yang di rencanakan semasa pemerintahan TDM.

Di samping itu, idea dan pendekatan beliau juga telah membawa kita ke era internet. Kini kita tidak seakan boleh hidup tanpa teknologi tanpa wayar. Kita seakan kesunyian jikalau tidak chatting satu hari. Itulah bahana yang kita hadapi hasil dari pemodenan baru yang di bawa oleh TDM.

Namun begitu, ada di kalangan kita telah menyalahkan TDM kerana membawa pembangunan yang lebih membawa keburukan dari kebaikan. Tetapi pada fikiran saya, setiap perkara itu ada kebaikan dan keburukannya. Dan setiap itu bergantung kepada cara mana kita menggunakan, mengadaptasikannya samada pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sememangnya setiap ciptaan manusia itu ada kurangnya. Dan kekurangan ini kita tafsirkan sebagai keburukan, kesan-kesan sampingan sedangkan kita samada sedar atau tidak bahawa fikiran kita manusia adalah ciptaan tuhan yang maha kuasa.

Walau apapun perkara yang berlaku di dunia ini adalah kerana pemikiran kita tidak sempurna. Kita masih hambaNya tidak lebih dari itu.

Sejahtera buat Tun Dr mahathir Mohamad.


Khairulnazri.blogspot.com

No comments:

Cars & Formula 1