22 July 2008

Anwar - si berani yang kecut


Selama ini ramai (penyokong dan mereka yang simpati) beranggapan Anwar seorang yang berani dan mungkin layak digelar "hero" atau superman di Malaysia. Sebab sejarah beliau begitu hebat menggerakkan rakyat menentang kerajaan.

Lihatlah ketika mengetuai rusuhan pelajar berhubung Peristiwa Baling ketika dia masih di UM dahulu. Kemudian gerakan reformasi sejurus selepas dipecat sebagai TPM kerana salah laku (baca: liwat) dan kini menyusun gerakan menentang Najib selepas didakwa meliwat (baca: kes kedua).


Namun, kalangan penyokong dan mereka yang simpati sama ada sedar tetapi enggan menerima hakikat, sedar tetapi mengabaikannya, antara sedar tak sedar, atau mereka yang bengap sehingga tidak sedar sama sekali bahawa Anwar sebenarnya seorang PENGECUT!

Berikut adalah contoh senarai tindakan "tiada telur" oleh Anwar berhubung beberapa insiden yang dicetuskan beliau sendiri:

1) Rusuhan pelajar semasa Peristiwa Baling - Melarikan diri dengan VW-nya apabila menyedari kehadiran FRU. (Disahkan oleh salah seorang rakan seperjuangannya di UM dahulu dan ramai lagi saksi).

2) Reformasi 1998 - Menghilangkan diri selepas membuat provokasi di Masjid Negara selepas menyedari kehadiran FRU. Sebab itu beliau sendiri tidak pernah ditahan ketika reformasi berlaku, melainkan atas dakwaan salah laku seks.

3) Melarikan diri ke Jerman selepas dibebaskan konon nak dapatkan rawatan sakit belakang. Beliau takut menerima rawatan di Malaysia, sebab takut dianiaya. Siapa aniaya siapa DS?

4) Bersembunyi di kedutaan Turki apabila mendapat tahu Saiful membuat laporan polis kerana diliwat, dengan alasan takut ancaman bunuh. Pooodah....!!

5) Takut bermubahalah (bersumpah atas nama Allah) untuk membuktikan kebenaran bahawa laporan Saiful palsu atau dirinya tidak bersalah. Kalau tak bersalah buat apa takut bersumpah?

6) Takut memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kes liwatnya. Sehingga polis terpaksa menahannya. Polis kata Anwar cuba larikan diri...

7) Takut diambil sampel DNA dengan berikan pelbagai alasan. Hai, kalau tak bersalah buat apa takut? Berani kerana benar, takut kerana salah, DS!

Itulah antara senarai tindakan Anwar yang menggambarkan bahawa beliau sebenarnya seorang pengecut, penakut, tiada telur dan apa sahaja istilah yang bersamaan dengannya!


kompilasi,
khairulnazri.blogpsot.com



No comments: