23 October 2008

Kita masih alpa

Bandar untuk orang Cina sahaja?

Zulkifli Yahaya
Fri | Oct 17, 08 | 9:41:18 am MYT

Pengumuman Menteri Besar Kedah menaikkan kuota penjualan lot rumah kepada Bumiputera dari 30 peratus kepada 50 peratus seperti dijangka telah mencetuskan bantahan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).


REHDA Cawangan Kedah/Perlis telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap polisi baru kerajaan negeri itu. Pengerusinya Ricque Liew Yin Chew dalam sidang medianya membantah perubahan tersebut yang meletakkan pemaju perumahan dalam keadaan tertekan.


Ini kerana sebelum ini industri perumahan negeri pernah mencadangkan supaya dilaksanakan mekanisma bagi melepaskan lot-lot Melayu yang tidak terjual selepas jangkamasa enam bulan dari tarikh pelancaran atau kesiapan 50 peratus kemajuan kerja-kerja pembinaan fizikal.


"Sebaliknya perubahan baru ini menuntut peruntukan 50 peratus sebagai lot Melayu untuk semua projek perumahan negeri termasuk di atas tanah luar Simpanan Melayu (Internasional)," ujarnya.


Menurutnya, dengan pelepasan lot-lot Melayu memberi bebanan kepada pemaju-pemaju dengan nilai jutaan ringgit dalam bentuk kos simpanan lot-lot ini untuk beberapa tahun akan datang.


Selain ini REHDA juga membantah rancangan penzonan semula tanah untuk pembangunan di Alor Star dan termasuklah tanah pembangunan ditukar semula kepada pertanian di daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Sik.


[sumber : Harakahdaily] [baca selanjutnya]


Nota :-

1. Secara peribadi, sekiranya kita kuat, bersatu-padu serta rajin bekerja, insyaallah kouta yang diperuntukkan itu pasti habis, pasti mampu dipenuhi oleh bangsa Melayu malah kita mampu membina sistem perumahan sendiri bercitarasakan bangsa Melayu itu sendiri.

2. Namun, realitinya tidak begitu. Kenapa?

3. Kita adalah perkara disebalik kejayaan, kekuatan, perpaduan bangsa lain terutama bangsa Cina. Tahap kita tidak diperingkat dimana kejayaan serta survival bangsa diutamakan. Kita adalah kontra keatas semua perkara tersebut.

4. Tengoklah kita sekarang yang sudah berpecah belah, bergaduh sesama sendiri atas dasar dan perkara yang remeh-temeh. Kita masih tidak berusaha untuk meningkatkan kejayaan bangsa sendiri malah lebih gemar menyalahkan satu sama lain tanpa menilai kembali apakah setiap kesalahan, kekecohan, kegawatan bangsa Melayu itu adalah berpunca dari diri sendiri.

5. Oleh itu, usah kita terus-menerus membuat seruan ini atau seruan itu semata-mata untuk meredakan keadaan yang entah bila akan selesai. Tidak perlulah kita terus mempertahankan kouta-kouta bumiputera ini sekiranya kita telus dan jujur bahawa kita tidak mampu untuk memenuhinya walaupun undang-undang dan peraturan itu adalah digubal oleh kita sendiri sebenarnya.

6. Sebaliknya, kita harus terus berusaha, rajin belajar dari bangsa asing, taat kepada ajaran dan perintah tuhan, jujur, ihklas, telus, menghormati tanggungjawab kita, menghormati oranbg-orang yang berurusan dengan kita, menghormati keupayaan, kelebihan yang ada dalam diri kita untuk terus memperbaiki samada untuk diri, ekonomi serta bangsa Melayu ini. Insyaallah.



No comments:

Cars & Formula 1