“Jika kita ingin memahami orang Melayu, kita perlu tinggal di negerinya, bertutur bahasanya, menghormati agamanya, meminati apa yang diminatinya, melayan apa yang disukai dan tidak disukainya, bersimpati dengannya dan menolongnya dalam kesusahan, sama-sama merasai keseronokan dan mungkin juga menanggung kerugiannya. Hanya dengan kepercayaannya inilah kita dapat memahami jiwanya dan pengetahuan seperti ini hanya boleh didapati oleh orang yang diberikan peluang tersebut dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.”
Ungkapan ayat di atas bukanlah lahir daripada cendekiawan Melayu, tetapi daripada seorang lelaki asing, Sir Frank A Swettenham, Residen-Jeneral British pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu, dipetik dari bukunya, ‘Malay Sketches’. Tulisan Swettenham itu bukan sahaja patut dibaca pemimpin-pemimpin bukan Melayu tetapi patut juga dikaji oleh pemimpin-pemimpin Melayu sendiri. Kita boleh menempelak kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP kerana dangkal mentafsirkan status Bahasa Melayu sebagai bahasa rakyat, tetapi secara tidak sedar bahasa kebangsaan ini telah lama dihumban dan dibunuh oleh golongan-golongan elit yang mengaku pejuang bangsa dan negara.
Menurut satu teori sejarah yang kuat, bahasa Melayu dikatakan berpunca daripada bahasa Austronesia, yakni asal usul bangsa Melayu yang berasal dari daerah Yunnan (bermaksud awan selatan) di China. Kemudiannya, bangsa Melayu yang datang dari Yunnan ini digelar sebagai Melayu Proto setelah berhijrah ke Asia Tenggara ketika zaman batu sehingga terbentuknya masyarakat Melayu Asli di Semenanjung Malaysia, dayak di Sarawak, Batak dan Komering di Sumatera. Kata nama Austronesia itu sendiri membawa maksud ‘Kepulauan Selatan’, diterjemahkan daripada Bahasa Latin, ‘australis’ yang bermaksud ‘selatan’ dan bahasa Yunani, ‘nesos’ yang bermaksud ‘pulau’. Bahasa bangsa Austronesia itu dikatakan tersebar luas ke merata dunia, dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara sehinggalah ke Selandia Baru (Aotearoa) di hujung selatan dan dari Madagaskar di hujung barat sehinggalah ke Pulau Paskah (Rapanui) di hujung timur.
Menurut tokoh bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam kategori atau filum bahasa Austris yang diletakkan bersama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Bahasa Melayu termasuk di dalam bahasa-bahasa golongan Sumatera bersama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Ahli bahasa kemudiannya membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu Bahasa Melayu kuno, Bahasa Melayu klasik dan Bahasa Melayu moden. Kegemilangan Bahasa Melayu mula terserlah bermula abad ke-7 sehingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Hindu-Buddha, Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera sehinggalah ia menjadi bahasa perantara atau lingua franca di gugusan Kepulauan Melayu di Asia Tenggara. Di sini, jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu bukanlah hak orang Melayu atau Bumiputera semata-mata, tetapi ia merupakan hak bersama semua penghuni tanpa mengira etnik di rantau sebelah sini.
[sumber : Sinar Online] [klik baca selanjutnya]

No comments:
Post a Comment