02 January 2009

Bangsa Melayu Terus Kelam

Perak pinggir undang-undang

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kerajaan Perak didakwa telah diperalat oleh pihak tertentu apabila membuat keputusan menyerahkan hak milik kekal kepada sebelas penduduk kampung baru di Gerik.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana peraturan sedia ada memperuntukkan sebarang keputusan mengenai pemberian hak milik kekal perlu mendapat kelulusan Majlis Tanah Negara (MTN).


''Ini bukan peraturan baru tetapi telah diguna pakai sejak selepas merdeka dan seluruh negeri mengikutinya tetapi apa yang dilakukan oleh Mohammad Nizar menunjukkan beliau menyalahgunakan kuasa dan tidak mengikut arahan yang telah ditetapkan.


''Ini jelas menunjukkan kesombongan Mohammad Nizar yang baru pegang jawatan Menteri Besar dan hendak tunjuk kuasa tetapi sebenarnya beliau telah diperalatkan," katanya.


Sehubungan itu, kata Mohd. Ali, Kerajaan Pusat seharusnya mengambil tindakan undang-undang yang difikirkan sesuai ke atas Menteri Besar Perak kerana melanggar peraturan yang ditetapkan sebelum ini.


Beliau menegaskan, kerajaan pusat tidak boleh tunduk dengan setiap keputusan yang diambil kerajaan pimpinan pakatan pembangkang kerana dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian negara. Baca selanjutnya di sini.


Komen Blogger :


1. Secara peribadi saya berpendapat telah nampak kita bahawa masa depan Tanah Melayu yang gelap. Tanah yang sepatutnya dipelihara dan dipertahan untuk generasi yang akan datang kini telah tergadai angkara cita-cita, kepentingan diri serta kuasa politik.


2. Jika pendapat saya ini dikatakan rasis namun kita harus sedar bukan semua hak-hak orang Melayu khasnya harus diberi kepada semua orang walaupun dengan niat baik. Kesannya masa kini nampak bagus tetapi anak-anak serta cucu-cicit kita kelak akan merana, marah, kesal serta menyalahkan kita diatas kerakusan hari ini.


Berjuang dalam hati...


No comments:

Cars & Formula 1