14 January 2009

Masihkah Kita Ingat....

Menjelang Hari Mengundi 17 Januari 2009

Sample Image MASIHKAH kau ingat? Rakyat Terengganu tentunya tidak dapat melupakan bagaimana sambutan besar-besaran penyokong-penyokong PAS ketika meraikan kemenangan besar menumpaskan kerajaan negeri UMNO-BN dalam pilihanraya pada tahun 1999.


Susulan kejayaan itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. Sejak dilantik menerajui kerajaan negeri, Abdul Hadi melakukan bermacam-macam kezaliman dan penindasan kepada rakyat Terengganu.


Masihkah kau ingat bukan lirik lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Kopratasa, tapi kezaliman dan penindasan Kerajaan PAS yang ditajui oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Penyokong dan ahli PAS bertindak mengunci dan menawan Wisma Darul Iman sebaik saja diumumkan memenangi pilihanraya 1999. Selain itu Kerajaan PAS Terengganu bertindak zalim dan kejam.


-Halau budak Tadika Kemas setelah pintu pagar balairaya dikunci oleh Kerajaan PAS Terengganu.Tadika Kemas terpaksa diadakan di kedai kopi yang tidak digunakan selepas pelajar dan guru-guru di halau Kerajaan PAS Terengganu.


- Tadika di bakar di Kampung Tunggal.


- Kezaliman Kerajaan Pas Terengganu terbukti apabila mengunci mesin jahit yang diguna penduduk di Pulau Duyung.


-Kerajaan PAS Terengganu memberi zakat kepada anak Exco (Pengerusi Jawatankuasa Tetap).


-Merampas kereta Exco di tengah jalan sebaik saja PAS diumumkan sebagai pemenang pilihanraya 1999.


-Masjid di Kampung Gemuroh tidak siap, yang ada hanya rangkanya saja.


-Kerajaan PAS bertindak zalim kepada kakitangan pentadbiran awam kerajaan negeri dengan penubuhkan potfolio Pentadbiran Awam untuk mengawal dan menindas kakitangan kerajaan.


-JSR bukan saja membazir wang rakyat, tapi bertindak kebas Duit Rakyat.


- Penduduk kampung terpaksa menggunakan air sungai untuk kegunaan harian kerana tiada bekalan air paip.


-Bandar Kuala Terengganu kotor, begitu juga dengan Bandar-bandar lain. Program kebersihan tiada dalam agenda pemerintahan PAS.


-Kerajaan Pas Terengganu seleweng wang zakat MAIDAM untuk membeli laptop dan projector untuk kepentingan parti.


-Kata Nak Buat HUdud sebelum ayam berkokok. Selepas menang Abdul Hadi mendakwa hukum hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 hukum Islam.


-Kerajaan PAS Terengganu memusnahkan tanaman rakyat - tanaman lada Pak Mud di Kampung Anak Ikan, Setiu dimusnahkan sehari sebelum dikutip hasilnya. Kerajaan PAS juga memusnahkan tanaman kelapa sawit penduduk kampung di Setiu yang didakwa menceroboh tanah kerajaan.


-Kerajaan PAS Terengganu menukar pegawai kerajaan yang tidak sealiran dan menentang kezaliman yang dilakukannya.


-Kerajaan PAS Terengganu bertindak merampas wang ehsan untuk KUSZA, TATI dan Sekolah-sekolah Agama Negeri.


-Hutan balak di kawasan Tasik Kenyir dimusnahkan dengan rakus oleh Kerajaan Pas Terengganu melalui kroni-kroninya.


-Melakukan tindakan sewenang-wenangnya dengan mengambil pelajar tiada SPM (dari KUDQI dan Sekolah Haji Hadi Rhusila) memasuki KUSZA.


-Kerajaan PAS bertindak memecat imam-imam dan bilal-bilal yang menyokong Barisan Nasional.


-Tidak segan silu menutup MRSM Besut dan Dungun.


- Bertindak zalim melelong balairaya Kampung Tebuak, Bukit Tunggal dan Kampung Bukit Wan, Batu Rakit.


-PAS mendakwa perjuangannya berlandaskan Islam tetapi menghentikan elaun Hafiz dan tidak membayar elaun guru-guru agama.


- PAS melaungkan perjuangan membela nasib golongan miskin, tetapi menamatkan bantuan bulanan orang miskin yang mendapat manfaat ketika BN memerintah.


-Kerajaan PAS Terengganu memberi tanah kepada golongan kaya dan kroni.


-Kerajaan PAS Terengganu mengamalkan Parti Anak-Beranak apabila melantik isteri, anak, anak saudara menduduki jawatan pengarah dalam syarikat-yarikat milik kerajaan negeri.


-Tiada peluang pekerjaan/peniagaan yang dijanjikan telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Terengganu. Banyak projek perniagaan terbengkalai seperti di Paya Keladi dan Paya Bunga.


-Mengabaikan golongan muda tidak menyediakan kemudahan sukan/rekreasi dan tidak menyediakan peruntukan untuk pertubuhan-pertubuhan belia.


-Mengarahkan anak-anak syarikat mengambil firma guaman sendiri sebagai panel guaman.


-Menipu rakyat dengan mendakwa menjumpai minyak atas darat.


-Sebaik saja berkuasa, Abdul Hadi mendakwa terdapat berlori-lori fail penyelewengan BN. Tapi hingga kini mereka masih tidak dapat buktikan penyelewengan yang dimaksudkan.


- Kerajaan PAS Terengganu juga berangan-angan membina leburaya dengan kelebaran 3 kilometer! Baca selanjutnya disini.



1 comment:

abe MIE 'TERJAH' said...

simpati sungguh..adakah PAS itu bukan parti untuk melayu yang beragama Islam? Tidak pula dia buat kat keling HINDRAF?

kini rakyat Perak sudah menerima nasib sebagaimana rakyat terengganu...

dan di Kelantan, kenapa mereka percaya kepada keajaiban PAS menerajui negara sedangkan rakyatnya mengemis berhijrah ke luar negeri kelantan dan bersaing dengan bangla, nepal, myanmar, pakistan.....seolah-olah bangsa itu tidak penting dan tidak perlu kepada maruah...