14 February 2009

Semputnya Bolasepak Negara


Ranking Bola Sepak Malaysia Jatuh Tiga Kedudukan Ke-161


KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ranking Malaysia jatuh tiga tangga kepada kedudukan ke-161, yang kedua paling rendah pernah diduduki skuad kebangsaan, dalam ranking terkini yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam.


Menurut laman web FIFA, Malaysia mengumpulkan 104 mata pada Februari, kurang 10 mata daripada senarai bulan lepas, dan hanya sembilan kedudukan lebih baik daripada kedudukan terendah iaitu tempat ke-170 pada April tahun lepas.

Hanya 16 negara yang kedudukan mereka jatuh dalam ranking FIFA yang melibatkan 201 negara.

Sejak dua tahun lepas, pada 2007 dan 2008, kedudukan terbaik Malaysia adalah ranking ke-151 pada Oktober 2008 selepas muncul naib juara pada kejohanan Pestabola Merdeka.

Kedudukan terbaik Malaysia dalam ranking FIFA adalah kedudukan ke-75, tetapi itu adalah pada 1993.

Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keenam di belakang Thailand (117), Singapura (131), Vietnam (135), Indonesia (137) dan Myanmar (158).

Filipina pada kedudukan ke-164, Laos (171), Kemboja (179) dan Brunei (183).

Dalam ranking Asia, Malaysia jatuh satu kedudukan dalam ranking Februari selepas berada pada kedudukan ke-29 bulan lepas.

Sumber - BERNAMA


Komen Blogger,

1. Sebagaimana merudumnya politik Malaysia maka begitu juga halnya dengan prestasi bolasepak kita. Pernah dulu kita berada di ranking ke-75 dunia, namun hari ini kita berada di tempat ke 161 didunia duduk dibelakang negara Vietnam dan Myanmar yang suatu ketika dahulu adalah "makanan ruji" pasukan Malaysia.

2. Apa yang saya nampak dalam situsi ini adalah kita telah memilih pemimpin yang salah. Pemimpin yang tidak menjaga secara serius akan kemajuan sukan itu sendiri. Pemimpin who do things which doesn't know how. Kenapa begitu?

3. Kesalahannya ini terletak kepada bahu pihak-pihak yang memilih pemimpin itu tadi. Kita nampak trend pemilihan lebih menjurus kepada pemimpin yang popular, yang berkuasa, mempunyai kekududukan yang tinggi samada di negeri sendiri mahaupun peringkat negara tetapi tidsak mengambil kira pengalaman, pengetahuan serta strategi dan idea mereka untuk membangunkan sukan khususnya bolasepak ini.

4. Melihatkan kepada keadaan semasa, prestasi pasukan bolasepak kita sebenarnya sedang berada pada peringkat sakaratul maut. Namun, jika kita masih mahu berusaha dan yakin, untuk mengembalikan hari-hari kegemilangan pasukan bolasepak Malaysia, kita harus meletakkan satu pasukan kepimpinan yang amat mahir, yang amat berpengalaman, yang amat mencintai, yang amat berdedikasi sukan bolasepak ini. Let the game begin...


No comments:

Cars & Formula 1