18 February 2009

SUMPAH MELAYU

2 comments:

Haji A. Ali, HS said...

salam,

1. Anda bukan pejuang yang berani, dan bukan pejuang yang terbuka, UMNO memang mengamalkan prinsip perkauman yang KUAT.

2. Lihat sahaja, sumpah melayu, penuh dengan perasaan perkauman yang kuat.

3. Tiada langsung mahu mendukung ISLAM sebagai satu landasan perjuangan ataupun sebagai panduan kehidupan.

4. UMNO itu parti sekular dan penuh perasaan perkauman !!!

KHAIRUL NAZRI said...

Salam Tuan Haji,

1. Terimaksih diatas komen Tuan Haji dl laman blog saya. Sekali lagi minda saya telah mendapat perhatian di kaca pemikiran blooger lain di alam maya ini.

2. Sesunguhnya saya mengaku bahawa saya bukan pejuang yang berani. Secara peribadi saya berpendapat bahawa kebanyakan kita hari ini memang bukan pejuang yang berani terutama berjuang kearah kesatuan bangsa Melayu, pengukuhan Islam di bumi Malaysia khususnya serta kemajuan negara Malaysia.

3. Perjuangan kita tidak lebih hanya sekadar berselindung di sebalik skrin komputer menghamburkan kata-kata samada yang nista, tohmahan serta beberpa kenyataan yang membina sekadar perlu. Perjuangan kita hari ini tidak lebih hanya sekadar membabi buta dengan penampilan yang dengan sendirinya mengintepretasi perjuang individu itu terhadap apa yang dia perjuangkan. Perjuangan kita hari ini tidak lebih dari menjatuhkan bangsa sendiri daripada bersatu untuk memajukan bangsa. Perjuangan kita hari ini tidak lebih hanya sekadar berseronok dan menikmati keadaan yang berlaku di depan mata. Perjuangan hari ini tidak lebih hanya perkataan PERJUANGAN sahaja.

4. Pada pengamatan saya, perjuangan terutama kepada orang Melayu kini tidak lebih hanya untuk kepentingan diri dengan memperkudakan ideologi-ideologi kemanusiaan, keagamaan mahupun global tetapi tidak serius, jujur dan ikhlas terhadap sesuatu perkara yang berhubung kait dengan amalan, budaya serta hukum-hakam perkara itu sendiri.

5. Secara peribadi, perjuangan samada di dalam UMNO, PAS, PKR mahupun DAP tidak lebih hanya sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri samada bagi pemimpin, penyokong serta proksi-proksinya.