28 March 2009

Kenapa Lembu Bukan Babi

Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama


Komen blogger,

1. Secara jujur penulis adalah perokok juga. Amat sedar betapa merokok itu berbahaya kepada kesihatan. Namun begitu penulis secara peribadi berpendapat bahawa lebih banyak lagi kemerbahayaan selain daripada kesihatan di luar sana.


2. Penulis berasa perumpamaan lembu yang dilabelkan kepada perokok-perokok suatu yang amat tidak wajar. Bagaimana pula kepada pemimpin-pemimpin politik yang yang tidak merokok tetapi mengeluarkan asap api perpecahan terutama terhadap bangsa Melayu yang kesannya bukan sedikit malah boleh membawa ke generasi anak cucu cicit kita. Adakah wajar juga dilabelkan sama seperti lembu malah babi sekalipun?


3. Bagaimana pula kemudaratan yang dibawa oleh bangsa-bangsa lain yang mempengaruhi pemimpin dan penyokong politik orang melayu hingga mereka tidak dapat berfikir (macam lembu juga) untuk membezakan perjuangan bangsa sendiri dan menguntungkan bangsa lain?


4. Mungkin Pok Nik tidak berfikir dengan baik (macam lembu juga) atau membuat sedikit kaji selidik atau pembantu-pembantunya juga tidak dapat berfikir (macam lembu juga) untuk membuat statistik penanaman tembakau yang sebahagian besar datang dari Kelantan.

5. Di samping itu, industri tembakau ini merupakan suatu bisnes yang besar yang melibatkan keuntungan cukai yang berlipat kali ganda serta faedahnya samada kepada kerajaan, peladang tembakau malah sumber pekerjaan kepada rakyat tempatan juga.


6. Oleh itu, secara peribadi, sekiranya kita ingin membuat perbandingan atau teladan malah atas sebarang nasihat sekalipun, kita seharusnya melihat pembandingan itu terhadap diri sendiri terlebih dahulu. Adakah ia sesuai dengan diri kita atau disebaliknya.



8 comments:

ayor lemuju said...

Tok Nik bukan setakat hina perokok. Lembu pun Tok Nik hinakan kerana dia kater lembu tak ada otak.

Mr Marvel said...

merokok melembabkan otak abg ooi.... mengotorkan baju, rumah dan menaikkan marah org lain .... pikir2kan le

amirhamzah64 said...

salam,
1. Kalau perokok lebih hina daripada lembu, penanam tembakau kat Bachok tu macam mana? MB yang memerintah negeri tembakau tu lebih hina daripada apa pulak?

Hehehe......Pok Nik saja nak glamour je.

karnival Amal Mesra said...

kesimpulannya kalau korang tak nak di samakan dengan otak lembu...bawa-bawa la berenti isap rokok.

karnival Amal Mesra said...

opp pembetulan....kalau tak nak lebih hina dari lembu.....berhenti la isap rokok.
kerajaan selangor dah wartakan haram sejak zaman umno lagi.. respect la skit umno tu...

KHAIRUL NAZRI said...

Salam Karnival,

Dengar cerita KARNIVAL besar-besaran yang diuar-uarkan baru-baru ini tidak akan menjadi kenyataan. Katanya, kesuntukan masa, kekurangan tenaga kerja, kos penganjuran yang tinggi menjadi sebab utama.

Saya tidak mahu komen apa-apa berhubung dengan pembatalan KARNIVAL besar-besaran ini kerana secara peribadi saya berpendapat kalau kita berhasrat untuk memulakan sesuatu yang baru walaupun ianya merupakan perkara yang telah lama dilakukan oleh orang lain, kita harus bermula dengan sederhana bergantung kepada "keupayaan" pemikiran kita.

Saya percaya MELIHAT kelemahan dan daya pemikiran diri sendiri dahulu.

karnival Amal Mesra said...

hehehe...en khairul nazri gua cuba test untuk pecahkan mental block kalangan masyarakat....

namun karnival di sekolah SRAI Batu Belah yang wa dan rakan-rakan anjurkan memang meletup habis

karnival Amal Mesra said...

oh ya... ianya tak di batalkan...cuma ditangguhkan. tujuannya baik untuk cari dana surau bukannya untuk cari keuntungan individu tertentu sahaja ataupun nama