16 April 2009

Mengundi Lagi

Fairus letak jawatan Adun Penanti




"hendak sambung pengajian"

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa hari ini.

Beliau memberi alasan bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama


Komen Blogger,

1. Nampak gayanya kita akan menghadapi satu lagi pilihanraya kecil. Kali ini di DUN Penanti, Pulau Pinang. Maka dengan sekali lagi lah kita berkempen, berfitnah, bertuduhan, berbelanja dan besar kemungkinan berdemo juga seperti di Thailand baru-baru ini.

2. Jelas sekarang PR seperti mempermainkan para pengundi, membazirkan wang rakyat khususnya pembayar cukai, membuang masa yang berkualiti yang boleh digunakan untuk membangunkan negara, melekakan orang ramai dengan ceramah dan hasutan, menjejaskan strategi pemulihan ekonomi negara yang belum tampak sebarang pemulihannya.

3. PR memberikan perspektif bahawa mereka boleh memerintah sedangkan reakitinya kita semua sedia maklum. Dengan penyalahgunaan kuasanya, dengan keruntuhan moralnya, dengan tuduhan dan dakwaan rambangnyadan dalam pada masa yang sama tidak menjalankan tugas dan amanah berkhidmat kepada rakyat. Itu tidak termasuk pelbagai saman dan petisyen ke mahkamah.

4. Bila kita mempertikaikan segala tindak-tanduk mereka selama ini, mereka membidasnya dengan mempertikaikan pula kredibiliti kerajaan terdahulu. Pelbagai tuduhan, fitnah dan dawaan yang hingga kini tidak dapat dibuktikan disebarkan dan ditanam kesetiap jiwa dan minda penyokongnya hinggakan perkara-perkara bidaah dilihat sebagai wajar dan halal.

5. Jika PRK di adakan kelak, sekiranya diizini Tuhan yang maha adil dan bijaksana, maka PR akan menang. Jika sebaliknya, mulalah berfikir dengan waras dan wajar.


No comments:

Cars & Formula 1