15 April 2009

Sayang Sungguh Pada Si Eliza

Elizabeth Wong Diminta Terus Bertugas

SHAH ALAM, 15 April (Bernama) -- Anggota exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, yang memohon meletak jawatan setelah gambar separuh bogelnya tersiar dalam Internet baru-baru ini, telah diminta oleh kerajaan negeri supaya kembali bertugas esok.

Wong, 37, yang juga telah menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan pada 17 Feb lepas, telah dinasihatkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya bercuti bagi menenangkan fikirannya.


Bercakap kepada pemberita hari ini, Abdul Khalid berkata keputusan supaya Wong meneruskan khidmatnya itu dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak.


Polis dilaporkan sedang mencari bekas teman lelaki Wong berhubung penyebaran gambar itu.
Baca selanjutnya di sini.

Sumber dari BERNAMA


Komen Blogger,

1. Secara peribadi saya tertanya-tanya bagaimana perasaan penyokong-penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat berhubung dengan langkah terbaru MB Selangor ini. Adakah mereka menerimanya begitu sahaja atau sebaliknya.


2. Secara logiknya di dalam PR ini hampir sempurna. Ada Peliwat, ada Perasuah, ada Ulama, ada Pemburit, ada Memburit, ada Perusuh, ada sukan baring atas jalan, ada Samseng, ada Penfitnah, ada Talam, ada Mangkuk, ada yang buruk tetapi sitit-sitit yang baik.


3. Bayangkan sekiranya PR diizinkan Tuhan diberi peluang memerintah Malaysia ini. Tidakkah tingkah laku pemimpin-pemimpin ini yang moralnya secara persepsinya boleh dipertikaikan akan mempengaruhi pelbagai peringkat rakyat?

4. Kita jangan salahkan atau menuding jari kepada orang lain diatas kesalahan diri sendiri. Tetapi kita harus melihat persepsi orang lain terhadap diri kita apabila memimpin. Yang salah tetap salah. Yang bathil tetap bathil.


5. Secara peribadi saya berpendapat tindakan MB Selangor mengekalkan Eliza tidak lebih hanya merupakan untuk menjaga hati "kawan-kawan" dalam PR itu sendiri. Bagaimana pula halnya akan persepsi rakyat yang memilih mereka sebelum ini yang mengharapkan perubahan samada dari segi tindakan, moral dan keadilan?


6. Kenapa peletakan jawatan bekas Adun Bukit Selambau di Kedah, V.Arumugam diterima tetapi layanan sebaliknya diberikan kepada Eliza? Keputusan mengekalkan Wong sebagai Exco dan Adun ini jelas menunjukkan yang pentadbiran PR telah mengenepikan nilai-nilai murni di dalam masyarakat selain mempamerkan sikap yang tidak konsisten dalam membuat keputusan.


7. Walau bagaimanapun, saya ucapkan selamat bertugas kepada Eliza. Pastinya beliau tidak akan menghadapi masalah besar berhadapan dengan rakyat ketika menjalankan tugas kerana di"belakang"nya terdapat sokongan padu dari pihak-pihak samada yang berkepentingan atau sedang ketakutan atau sama-sama mempunyai dosa-dosa seumpamanya. Hentam saja la labuuu.

Enuf said...

2 comments:

Waris Pahang said...

mampukah jawatan exco menutup bogel. jawapanya, gelaran yang wajar diberi ialah exco bogel

rahman,ahchong,muniandy said...

‘saya dihentam kiri dan kanan oleh pemimpin ameno. Saya dituduh sebagai agen asing, agen singapura,. Semalam saya dihentam oleh menteri besar ameno negeri parak. Dia kata saya sudah menjual hak melayu. Apa salah saya tuan-tuan, salahkah saya berjanji kepada seluruh rakyat parak saya akan berikan seluruh milikan tanah selama 1500 tahun kepada cina-cina yang mengundi saya. Apa bersalahkah saya ?..

‘saya beri amaran kepada pihak ameno negeri parak, kalau saya dihalang untuk memberikan tanah kepada setiap pengundi cina yang mengundi saya nanti, maka saya akan arahkan seluruh ahli partai lambang bulat berbaring di atas jalan 24jam. Jangan main-main dengan saya..sayalah BADUT pejuang rakyat.!!!!’