14 May 2009

Harapan Kearah Perpaduan Melayu

Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan

KOTA BHARU 13 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menolak pembentukkan kerajaan perpaduan dengan UMNO walaupun ia menjadi topik hangat menjelang muktamar agung parti itu, Jun ini.

Ia sekali gus menolak tanggapan pihak tertentu bahawa beliau menyokong cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang ditulis oleh anaknya, Nik Abduh dalam laman blognya baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak percaya bahawa UMNO benar-benar ikhlas untuk bekerjasama dengan Pas.

"Tidak boleh, saya dengan UMNO, saya tidak percaya keikhlasan dia (UMNO) sebab dia telah tipu Pas masa dulu. Disebabkan itu, Pas telah berpecah kepada tiga ada yang sokong dan saya tergolong dalam orang yang menyokong masuk Barisan Nasional (BN), ada pula yang menjadi Hamim dan Berjasa.

"Apa jaminan mereka tidak akan 'tendang' kita lagi, bila kami 'ditendang' dulu, kami cuma jadi orang yang tolak kereta buruk UMNO, bila hidup kami ditinggalkan 'makan asap dan selut' dia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Baca selanjutnya di sini.


Sumber : Utusan Online


Komen Blogger,

1. Kenapa Nik Aziz begitu fobia dengan PERPADUAN ini? Samada Perpaduan Melayu, Kerajaan Perpaduan atau sebagainya, pasti Nik Aziz tidak menyetujuinya atau menolak bulat-bulat tanpa alasan yang kukuh.

2. Nik Aziz masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa penyingkiran PAS dari BN dahulu oleh UMNO? Kenapa harus itu yang menjadi penghalangnya? Dahulu PAS beriya-iya mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kini mereka saling berpelukan, bersekedudukan. Maka secara logiknya PAS boleh melakukan perkara yang sama terhadap UMNO dengan bekerjasama dalam segala segi terutama kerjasama Politik.

3. Tidak perlu berpeluk-peluk, bersalam sudah memadai. Masing-masing tidak perlu risau akan sokongan rakyat kerana kita semua mengetahui akan siapa penyokong masing-masing. Pedulikan sejarah silam kerana politik masa kini lebih mementingkan kuasa, sokongan dan wang. Sejarah, jasa-jasa terdahulu tidak penting dan diambil kira lagi terutama dari golongan muda. Yang penting enjoy, ada pesta, ada konsert. Dengan berjubah dan berserban pun kita masih lagi boleh bercucuk langit berdansa sehati sejiwa.

4. Secara peribadi saya berpendapat, Nik Aziz tidak ihklas didalam perjuangan politiknya selama ini. Mainan politiknya tidak lebih hanya sekadar untuk nafsu, kuasa dan kekayaan. Tengok sahaja negeri pemerintahannya Kelantan. Tiada suatu perkara atau ayat yang sesuai untuk digambarkan samada dari segi kejayaan mahupun kemunduran. Mungkin saya silap tetapi selama pemerintahan PAS di Kelantan, kerajaan Pusat ada memberikan soft loan dan sebagainya. Mana perginya loan-loan tersebut?

5. Kini PAS lebih berminat mendukungi Cina dan Keling harbi. Walaupun kita semua dapat melihat betapa PAS tidak lebih daripada sekadar KUDA PEDATI di dalam PR tetapi itulah yang berlaku. Tiada seorang pemimpin PAS yang berani untuk bersuara atau menegur kawe-kawe DAP dan PKR yang kini acapkali memperlekehkan orang Melayu dan Islam khususnya.

6. Enough say. Jika PAS mahu melihat UMNO berubah, maka PAS juga harus berubah. Kembali kelandasan Islam seperti mana yang dilaung-laungkan selama ini. Jika PAS mahu menarik sokongan cina dan keling harbi ini, eloklah mereka disyahadahkan terlebih dahulu. Jika PAS ingin memerintah, maka perintahlah dengan jujur dan dengan pemikiran sendiri tanpa tangan ghaib dibelakang PAS. Dan sekiranya Nik Aziz melakukannya, berilah kepada yang mampu daripada kita mengeluarkan kata-kata yang kita sendiri tidak percaya.


No comments:

Cars & Formula 1