11 May 2009

Mat Rempit dan Mat Politik

6 bulan koma tidak insaf





Berbohong jadi amalan mat rempit, keluarga terlalu mudah diperdaya

SOAL patah riuk tidak pernah ada dalam kamus diri mat rempit. Hanya maut menjadi penamat kepada usaha sia-sia mereka yang saban malam berlumba motosikal hanya untuk sedikit habuan membabitkan pertaruhan kecil.

Pertaruhan besar hanya untuk malam minggu yang menyaksikan perempuan bohsia menjadi hadiah untuk pemenang lumba haram, selain wang.

Hakikatnya, soal patah kaki atau cedera parah akibat jatuh motosikal ketika berlumba tidak sedikitpun menakutkan mat rempit, apatah lagi kehadiran polis yang cuba menyekat laluan perlumbaan mereka lebih dilihat sebagai marsyal untuk melancarkan lagi perlumbaan mereka.

“Saya menerima 69 jahitan dan setahun dirawat di hospital selepas jatuh ketika berlumba di Seksyen 19, Shah Alam. Enam bulan saya koma, tiga bulan hilang ingatan dan tiga bulan lagi belajar menggerakkan anggota badan untuk pulih semula.

“Kejadian itu tidak menginsafkan saya supaya tidak lagi merempit. Hanya selepas melihat rakan baik saya bertarung dengan maut akibat motosikalnya bergesel dengan pembahagi jalan dan serpihan motosikal menghiris jantungnya, barulah saya insaf,” kata bekas mat rempit, Mohamad Zahari Sulaiman. Baca selanjutnya di sini.


Sumber : BH Online


Komen Blogger,

1. Apakah persamaannya antara Mat Rempit dan Mat Politik? Pada pandangan peribadi saya, kedua-dua subjek ini lebih menjurus kearah untuk mendapat kepuasan diri yang lebih bersifat sementara.

2. Mereka akan berusaha dengan apa jua cara untuk mewajarkan tindakan mereka samada ia diterima oleh undang-undang, orang lain malah terhdap diri sendiri.

3. Mereka melihat bahawa sesetangah tindakan havoc mereka sebenarnya boleh mencetuskan ribut kepada seluruh masyarakat malah terhadap negara sekalipun yang membawa mileage kepada mereka untuk menonjolkan kredibiliti diri.

4. Aksi serta pendekatan mereka sebenarnya telah membawa pelbagai perubahan kepada semua lapisan golongan masyarakat yang pro dan kontra. Pengaruh dan teladannya amat mudah diserap kepada jiwa-jiwa kosong dan lemah yang menjdi jati diri mereka dimasa hadapan.

Kesannya kita telah melihat...

No comments:

Cars & Formula 1