10 September 2009

Orang Melayu : Fikir-fikirkan lah

Kecoh bila ada segelintir rakyat Indonesia adakan "sweeping malaysia" sebab bantah konon Malaysia Justify Full curi tarian Indonesia dalam satu promosi iklan di negara itu baru-baru ini. Kumpulan ini membawa buluh runcing dan menahan kenderaan yang lalu-lalang dan diminta kartu tanda penduduk (semacam IC kat sini). Tujuan nak cari orang Malaysia untuk dihalau ke luar.

Isu provokasi melampau orang Indonesia terhadap Malaysia memang menyakitkan hati lebih-lebih lagi media di sana banyak main peranan menyimbah minyak ke atas api. Akhirnya meluap-luaplah kemarahan orang mereka. Walhal isunya nampak kecil kan?

Tapi dalam pada itu aku memang salut dengan rakyat mereka. Disebabkan tarian mereka sanggup angkat senjata untuk melawan dan mempertahankan budaya mereka. Itu belum cerita tanah air mereka lagi.

Kita kat sini? Bukan setakat budaya, tanah air kena rampas pun masih lagi tidak sedar diri, masih alpa dan masih seronok dengan kehidupan dan pembangunan negara. Kita hilang Pulau Batu Putih, apa kita buat? Ada negara jiran ceroboh pulau kita, apa kita buat? Orang asing kuasai tanah-tanah strategik di negara kita, apa kita buat?

Ada orang perkecil bangsa Melayu apa orang Melayu buat? Ada orang persoal azan, apa kita buat? Ada orang perleceh dan perlekeh Raja-raja Melayu, apa kita buat?

Kita tidak buat apa-apa. Kita hanya memandang dan paling ironi ada yang menyokong segala pencerobohan kedaulatan agama, bangsa dan negara kita. Kita membiarkan diri kini dilembukan oleh puak2 yang menyembah lembu, kita membiarkan diri kita disekeh dan diperlekeh malah ada di kalangan kita sendiri menyambut baik apabila kita diperlekeh.

Itulah rakyat Indonesia yang cintakan negara mereka melebihi segala-galanya tetapi kita, ada anak bangsa kita sendiri sanggup menggadaikan negara dan tanah air semata-mata untuk kepentingan sendiri, kepentingan peribadi. Apa yang kita buat? Kita menyokong pula pengkhianat seperti ini.

Jadi, kalau orang Indonesia bangkit untuk mengganyang Malaysia jangan salahkan mereka kerana itulah rakyat Indonesia yang begitu cinta dan sayangkan negara, bangsa dan agama. Tetapi kita di sini perlu mengambil semangat mereka untuk sama-sama membina semangat mempertahankan agama, bangsa dan negara kita.

sumber dari Blogger

No comments:

Cars & Formula 1