16 September 2009

Sudah Sampai Masanya

Malaysia akan miliki pasukan F1 sendiri


Najib Tun Razak menerima replika kereta pasukan F1 1Malaysia daripada Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh (dua dari kiri) sambil diperhatikan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun (kanan) dan Pengarah pasukan F1 1 Malaysia, Zahri Ismail (kiri) di Putrajaya, semalam.

Pasukan Formula Satu (F1)-1Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya akan beraksi dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penubuhan pasukan itu hari ini berkata, pasukan 1Malaysia telah mendapat kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk mengambil bahagian dalam semua kejohanan F1 di bawah persekutuan itu.

Menurut Perdana Menteri, pasukan 1Malaysia merupakan pasukan berwajah negara kerana kereta yang digunakan akan direka, dibuat dan diuji di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

‘‘Pelumbanya juga adalah rakyat Malaysia dan begitu juga dengan pasukan pitt stop. Pasukan ini merupakan hasil usahasama antara sektor awam dan swasta di mana ia menggabungkan Proton dan Lotus dengan disokong oleh SIC, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Kumpulan Naza serta AirAsia Berhad.

‘‘Pasukan ini turut mendapat sokongan daripada individu seperti SM Nasaruddin SM Nasimuddin (Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza), Datuk Seri Tony Fernandez (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia) dan Datuk Kamarudin Meranun (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia),” katanya.

Baca selanjutnya di sini.


Komen Blogger,

1. Berita ini merupakan suatu yang menggembirakan kepada para peminat F1, khususnya di Malaysia. Penubuhan pasukan 1M F1 ini pada hemah saya pastinya akan menjadi satu lagi kebanggaan rakyat Malaysia yang melihat dari sudut positif serta menjadi batu loncatan kepada negara untuk mendapat serta menghasilkan teknologi-teknologi terkini terutama di bidang pemotoran.


2. Pelaburan di dalam industri Formula satu merupakan suatu yang serius, besar dan berskala tinggi. Komitmen serta disiplin diri merupakan tuntutan utama sekiranya kita ingin berjaya. Justeru itu, anak-anak tempatan yang bakal mengendalikan pasukan ini kelak harus berusaha keras, berdisiplin, inovatif serta sentiasa menghasilkan mutu kerja berkelas dunia sekiranya kita ingin berjaya di sukan formula satu ini.


Syabas, Malaysia


1 comment:

yopman said...

Salam Sejahtera,
Mata kekadang salah melihat, mulut kekadang tersalah ucap, hati pula kekadang tersalah duga. Oleh itu maafkan saya kalau ada tersalah kata, terkasar bahasa selama kita berkenalan di alam maya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
Maaf Dzahir dan Batin.

- Yopman sanasinigitugini.