12 August 2010

Alahai PAS....

Pas tetap aktif politik

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tidak akan mengurangkan aktiviti politik di bulan Ramadan walaupun ia kurang disenangi oleh pihak-pihak tertentu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berpolitik bila-bila masa sahaja, malah politik dan agama dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

“Politik dalam Islam ni sedaging (bercantum), geraknya Islam kerana politik dan politik pula menuruti Islam, tidak payah pakai istilah demokrasi, guna Istilah Islam,”katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Ihyat Ramadan di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan daripada beberapa pihak termasuk dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya aktiviti berparti dikurangkan bagi menghormati bulan Ramadan.

:Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata, terpulang kepada pemimpin Pas untuk menggunakan pendekatan berbeza dalam menjalankan aktiviti tersebut di bulan Ramadan ini.

“Dalam ceramah saya jarang sebut soal kepartian kecuali ia majlis parti, saya banyak sebut mengenai Islam seperti ekonomi Islam dan akidah, tetapi jika hendak berpolitik tidak salah kerana Pas parti berdaftar,”katanya.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengatakan kerjasama Pas dan DAP tidak ikhlas, Nik Abdul Aziz mempersoalkan adakah kerjasama yang dibuat antara UMNO dan MCA sebelum ini benar-benar ikhlas.

“Saya nak tanya, adakah UMNO dan MCA itu ikhlas, bila berbaik dengan UMNO, parti itu telan Pas, usahkan nak buat benda-benda lain,”katanya. Sumber SINAR


Komen ADC,

1. Lama sungguh tidak mengemaskinikan Blog ADC saya ini oleh kerana kesibukan dengan tugas-tugas harian. Namun hari ini terbuka pula hati dan dengan sedikit kelapangan. Ditambahkan pula artikel si Sinar berhubung dengan kenyataan N.Ajis menarik perhatian saya.

2. Secara Peribadi, PAS sentiasa berpolitik. Samada kita berpuasa ke atau tidak kerana hanya itu sahaja kekuatan PAS yang ada untuk survive di bumi Malaysia ini.

3. PAS harus berpaut dengan DAP dan PKR kerana mereka sedar berpaut dengan UMNO & BN, mereka sebenarnya akan mendapat lebih kuasa dan jawatan daripada apa yang mereka dapat kini. Namun hakikatnya, PAS tidak mahu menjilat ludah walaupun mampus sekalipun.

4. Berpolitiklah setiap masa wahai N.Ajis agar nanti bila anda dibacakan talkin usah gunakan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi ayat-ayat politik sahaja.



No comments: