17 March 2008

Desakan Pak Lah Letak Jawatan


Selepas tsunami pilihanraya umum ke-12, kini negara dilanda tsunami baru. Desakan agar Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini adalah berikutan prestasi BN dan UMNO dalam PRU12 yang lalu tidak memberangsangkan serta menimbulkan pelbagai perasaan tidak puas hati dikalangan ahli-ahli UMNO khasnya.

Desakan serta luahan tidak puashati telah ditranspirasikan melalui sepanduk dan banner yang diletakkan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur ketika ini. Sesungguhnya Pak Lah harus melihat perubahan serta gesaan ini secara serius dan tindakan harus dibuat dengan segera bagi menangani kemelut yang sememangnya telah berlarutan sejak sekian lama tapi ambil mudah oleh para pemimpim tertinggi UMNO.

Seharusnya Pak Lah dan konco-konconya berfikir kenapa gesaan dan desakan ini berlaku di tengah-tengah situasi dimana kita semua mengharapkan perpaduan sesama bangsa Melayu bagi menghadapi dimana kuasa dan ketuanan melayu kini sedang dicabar oleh kaum-kaum lain yang lebih bersatu, lebih berjaya dan kaya dari segala segi.

Sememangnya jelas bahawa selama ini pemerintahan Pak lah tidak disenangi oleh rakyat. Dari perancangan, keputusan serta perlaksanaan projek serta agenda negara yang tidak pernah memihak kepada kesejahteraan rakyat terutama kapada yang berpendapatan rendah. Setiap isu terutamanya ekonomi telah ditangani dengan leka dan secara batuk ditangga. Tiada tindakan konkrit serta tegas hingga menimbulkan perasaan geram, jelak, meluat setiap kali alasan serta kenyataan terutama dari Pak Lah sendiri di dalam menghadapi sesuatu isu negara.

Oleh hal yang demikian, berilah apa yang rakyat mahukan. Kerajaan yang dinamis serta adil dan transpirasi. Kerajaan yang betul-betul menjaga kesejahteraa terutama kepada anak bangsa Melayu. Kerajaan yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan di dalam segala segi dan situasi. Meletakkan kekayaan negara sebagai hak rakyat bukan kepada segelintir kaum dan masyarakat tetapi untuk setiap rakyat Malaysia yang selama ini sama-sama berjuang mempertahankan negara.

Selama ini saya hanya melihat segala kemungkaran serta kedurjanaan berlaku di depan mata. Kenapa? Sebab saya tak mampu melawan berseorangan yang sudah pasti kecundang. Saya percaya bahawa jika kita hendak berjuang harus ada ilmu, pengetahuan, pasukan, sokongan serta perpaduan jitu. Dengan berbekalkan semangat ini saya yakin akan berjaya serta akan mendapat apa yang saya inginkan sebagai rakyat kecil Malaysia. Tiada permintaan yang setinggi gunung dari kami melainkan hanya untuk kesejahteraan serta keharmonian kehidupan seharian.

Segala pembangunan yang ada sebenarnya telah mendatang banyak keburukan atas sebab perlaksanaannya tidak dibuat atas dasar kejujuran serta kepentingan rakyat keseluruhannya.

Pak Lah, fikirkan lah....




No comments:

Cars & Formula 1