
Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka , al-Nilam dan al-Nitak boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orion berada di langit
Di malam yang sepi sambil mendongak ke langit menyaksikan taburan bintang, cukup indah aku rasakan.Bagai melihat gadis idaman berlalu di hadapan mata.Cukup indah ciptaan Yang Maha Esa Allah S.W.T yang satu ni.Tiap kali aku terlihat bintang ni hati aku cukup sayu rasanya.Bagai ingin kembali ke zaman ramaja dulu.Kali pertama aku terpandang bintang ni, masa camping di atas Gunung Tunggal dalam tahun 80'an.Sebenarnya orang kampong aku panggil bukit ni gunung, tak tahu lah kenapa!Masa tu kami berlima termasuk 2 orang kawan karib aku masa di bangku sekolah dulu.3 bintang sederet ni aku anggap mewakili keakraban kami bertiga.
Jika anda perluang melihat bintang semasa langit cerah, cari lah 3 bintang besar selari ini berjarak hampir sama antara satu sama lain.
kompilasi oleh,
zulhadi.multiply.com


No comments:
Post a Comment