23 May 2010

Fatwa-Fatwa yang menyebabkan umat Melayu Islam berpecah



AKHIRNYA MENJADI TADSUB DAN FIKIRAN MENJADI BEKU
Nik Aziz Nik Mat memang terkenal dengan "fatwa-fatwa"nya. Sementelah menjadi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz telah dijadikan tempat rujukan bagi pelbagai maslahah politik yang berlaku di arena politik tanahair. Pelbagai "fatwa" telah dikeluarkan Nik Aziz. Oleh itu, saya hanya ingin "refresh" kembali beberapa "fatwa"nya untuk peringatan semua, sama ada kepada ahli UMNO, PKR, DAP dan semua parti lain termasuklah ahli dan pemimpin PAS sendiri.

Yang pertamanya, mari kita imbas kembali tentang "fatwa" Nik Aziz mengenai "Allah juga mencarut". Menurut fakta, "fatwa" ini dikeluarkan oleh Nik Aziz bertujuan untuk mempertahankan buku "Shit" hasil karangan Shanon Ahmad. Kandungan buku yang "terlampau" itu dihiasi dengan caci maki dan carutan yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin BN, terutamanya UMNO. Dengan keluarnya "fatwa" dari "Tok Guru" PAS ini, maka semua ahli atau pemimpin PAS serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat di"halalkan" untuk mencarut.

Seterusnya, "fatwa" Nik Aziz ketika berkempen pilihanraya iaitu "siapa pilih untuk memangkah PAS pada kertas undi pilihanraya, maka dia telah menempah tiket untuknya di syurga", lebih kurang begitulah bunyi "fatwa"nya. Secara mantiknya, sesiapa saja yang tidak memilih PAS, seakan-akan tiada peluang untuk mereka memasuki syurga. Mungkinkah Nik Aziz memiliki dan mampu mengeluarkan "tiket ke syurga"? Apakah ini adalah paksaan untuk memilih undi ketika pilihanraya?

"Fatwa" kali ini pula ditujukan khas kepada para pemimpin PAS. Adalah "haram" hukumnya untuk melompat keluar dari PAS. Pemimpin PAS harus membuat "bai'ah" tentang perkara lompat parti ini, jika keluar parti maka secara tidak langsung maka "ter"cerailah dia dan isterinya. Selain itu, baru-baru ini Nik Aziz juga mendoakan agar mereka yang keluar dari Pakatan Rakyat supaya cepat mati dan dibakar hidup-hidup di dalam api neraka. Itulah doa dari "Mursyidul Am" PAS yang "sayang"kan umat di Malaysia ini.

Selain itu, Nik Aziz juga pernah mengeluarkan "fatwa halal" untuk menerima sumbangan yang bersifat berkepentingan. Maksudnya "rasuah"lah. Cuma Nik Aziz menggantikan kalimah "rasuah" itu dengan kalimah "sumbangan". Nik Aziz membenarkan untuk ahli PAS untuk menerima rasuah dari mana-mana pihak ketika kempen pemilihan di dalam PAS tempohari. Hairan. Apakah "rasuah" ini "halal" hanya untuk ahli PAS sahaja dan "haram" untuk pihak lain terutamanya UMNO. Setahu saya, "perasuah dan yang menerima rasuah, maka nerakalah tempatnya", ada sesiapa pernah dengar tentang sabda Rasulullah mengenai perkara "rasuah" ini?

Berikutan isu "bogel" Eli Wong, Nik Aziz juga ada mengeluarkan "fatwa"nya. Nik Aziz seraya ber"fatwa" bahawa Islam membenarkan seseorang itu "berbogel" ketika bersendirian di dalam rumahnya. "Fatwa bogel" ini menjadi konstroversi untuk seluruh rakyat Malaysia. Setahu saya, Islam itu menerangkan bahawa walaupun kita bersendirian, masih wujud makhluk lain disekitar kita. Malah Allah yang Maha Melihat itu juga sentiasa memerhatikan kita. Oleh itu, apakah kita dibolehkan untuk berbogel walaupun ketika bersendirian? Tidak malukah kita mendedahkan aurat kita pada makhluk yang tidak mampu kita lihat secara kasar itu? Atau tidak malukah kita pada Allah S.W.T?

Lagi berkenaan "lompat parti", Nik Aziz telah meminta agar Eli Wong tidak meletakkan jawatan sebagai YB Bukit Lanjan berikutan kos pilihanraya yang mahal. Namun, lain pula "fatwa"nya kepada MP atau ADUN yang mengisyhtiharkan keluar dari Pakatan Rakyat. Nik Aziz meminta mereka meletak jawatan pula? Mengapa? Tidak terlintas tentang "kos yang mahal" untuk PRKkah? Mengapa pula ada "double standard"? Ketika ADUN BN di Perak keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat, mengapa dia dikatakan sebagai "simbol demokrasi"? Dan mengapa apabila ADUN-ADUN Perak itu melompat jadi "Bebas" sahaja, maka mereka dituduh sebagai "pengkhianat amanah rakyat"? "Cantik molek" benar "perangai"nya...

Ketika PRK Hulu Selangor, Nik Aziz juga telah mengeluarkan "fatwa mee segera" dimana "khutbah politik dihalalkan di masjid". Ini berikutan Hasan Ali berkhutbah di mimbar masjid pada solat jumaat di mana dia telah "terlupa" menunaikan rukun khutbah jumaat. Tiba-tiba, mereka menempelak pula pihak UMNO yang mengadakan solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di masjid?

Kemudian, Nik Aziz mengeluarkan "fatwa perpaduan". Nik Aziz telah meng"haram"kan niat perpaduan dikalangan umat Islam Melayu di seluruh Malaysia. Bukan sahaja peng"haram"an itu bertujuan untuk melepaskan dendam peribadinya terhadap UMNO, Nik Aziz juga membantah cadangan Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Malah, Nik Aziz terang-terangan mengutuk Timbalan Presiden PAS di khalayak rakyat Malaysia. Itukah akhlak Nik Aziz yang di"puja-puji" selama ini? Lebih mementingkan "dendam kesumat"nya berbanding perpaduan seluruh umat Islam Melayu di Malaysia? Itulah "rupa sebenar" Tok Guru PAS, dalam hatinya penuh dengan "dendam kesumat"...

Ingat lagi dengan "fatwa" Nik Aziz bahawa "Allah itu Maha Samseng"? Benarlah jika dilihat dari sudut "Allah itu Maha segala-galanya". Namun, tidakkah berdosa besar mengaitkan Allah itu dengan sifat-sifat mazmumah atau terkeji? Apakah dengan "fatwa" itu maka Nik Aziz membenarkan penyokong PAS menjadi samseng? Patut pun ramai ahli PAS suka buat kacau sana sini, demo sana sini, tidur atas jalan, baling batu kat orang dalam masjid, derhaka pada DYMM Sultan dan sebagainya...

Saya menulis tentang "fatwa-fatwa" Nik Aziz ini bukanlah untuk mengaibkan Nik Aziz dan PAS. Sesungguhnya saya melihat sudah begitu banyak sekali "fatwa-fatwa" yang dikeluarkan Nik Aziz yang menjadi konstroversi dan membawa kepada keburukan melebihi kebaikan. Bukanlah saya membenci Nik Aziz, namun saya kira sudah tiba saatnya Nik Aziz bersara dari meneruskan permainan politik DAP dan PKR. Nik Aziz hanya menjadi "buah catur" Anwar dan Kit Siang.

Saranan saya pada PAS, gantikanlah jawatan Nik Aziz. Jawatan Mursyidul Am PAS itu hanyalah jawatan "dunia" yang boleh dipertikaikan. Pada saya, Dato' Dr. Harun Din lebih layak. Pada saya jika Harun Din mengeluarkan buah fikirannya, mungkin PAS tidak akan terjejas sebegini. Harun Din mampu membezakan di antara perkara Islam dan politik, mungkin sebab itulah dia tidak pernah bertanding jawatan di dalam PAS.

Selebihnya, saya juga menyarankan supaya PAS keluarlah dari Pakatan Rakyat. Sedih saya melihat PAS yang juga saudara saya diperkudakan oleh DAP dan PKR. PAS dahulu tidak begini. PAS dahulu dihormati kawan dan lawan. Namun sejak bergabung dengan DAP dan PKR, PAS begitu teruk terjejas imejnya. Jika tidak mahu bergabung dengan UMNO di bawah "satu payung" pun tidak mengapalah. Namun pada saya, itu lebih "afdhal" sebenarnya. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Hairan juga jika difikirkan mengapa PAS sanggup bersekongkol dengan "kafir harbi", sedangkan saudara seIslam sendiri dianggap musuh dan diperangi. Mungkinkah ini "agenda" oleh golongan kuffar yang takutkan perpaduan Islam Melayu di Malaysia? Fikir-fikirkanlah. Perbaikilah dan kembalilah kepada "identiti" PAS yang "sebenar". Wallahu 'alam.

Petikan dari Blog sahabat Duke of Umno

No comments:

Cars & Formula 1