Pemuda PKR syor tubuh Sekretariat Keadilan bela Anwar
Angkatan Muda Keadilan (AMK) dijangka membincangkan idea penubuhan Sekretariat Keadilan Untuk Anwar — platform membolehkan pelbagai pihak dalam dan luar Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong usaha membela Ketua Umum Pakatan Rakyat yang berhadapan dengan serangan secara berterusan.
Idea penubuhan sekretariat ini dijangka dibincangkan oleh AMK pada mesyuarat tahunannya esok.
“Saya akan melontarkan idea ini untuk mendapat pandangan perwakilan AMK,” kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Kami memerlukan sokongan orang dalam parti dan juga luar parti agar memainkan peranan secara berkesan dengan memberi sokongan ke atas usaha-usaha yang diambil bagi menyokong perjuangan membela Datuk Seri Anwar,” kata beliau dengan merujuk serangan bertubi-tubi ke atas Anwar dan juga kes liwat kedua yang dihadapinya sekarang.
Shamsul Iskandar berkata, dengan adanya sekretariat rasmi ini orang perseorangan dan pertubuhan bukan kerajaan boleh menyumbang kepada usaha seumpama itu. Baca selanjutnya di sini.
Komen kita,
1. Patutkah hanya Anwar Ibrahim sahaja yang mendapat keadilan sedangkan kita terutama orang-orang Melayu sengsara akibat dari perbuatannya yan menghuru-harakan negara. Orang Melayu terus dihimpit, dihina dan dipertikaikan ketuanan semata-mata untuk mendapat sokongan bangsa lain.
2. Paling sedih, kita dapat melihat bangsa kita sendiri menjadi balaci keatas keruntuhan bangsa Melayu di tanah tumpah sendiri. Kita juga dapat melihat trend sebegini sedikit demi sedikit meresap ke dalam kerajaan Persekutuan pimpinan DS Najib.
3. Segala permintaan bangsa-bangsa yang tidak tahu berterimakasih dipenuhi hari demi hari sedangkan kita orang Melayu terus hari demi hari ditekan terutamanya dari mereka-mereka ini dan dari kalangan orang Melayu itu sendiri.
Buatlah sesuatu sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment