Salam Perpaduan...
Setelah kita mengharungi Pilihanraya Umum ke-12 dengan penuh debaran, cemas, gundah serta serba kekecohan di sana sini, maka kini hari ini saya berpendapat kita semua bersama bersatu kembali membangunkan negara Malaysia tercinta ini.
Segala perbezaan dari perbagai aspek harus diketepikan. Kepada YB yang telah dilantik samada dari barisan penyokong dan pembangkang jangan lagi menoleh kebelakang tetapi dengan segera bekerja menjalankan tugas sebagai wakil-wakil kepada kawasan-kawasan masing-masing.
Banyak lagi cabaran yang harus kita hadapi, selesaikan dengan segera terutama kepada rakyat-rakyat yang memerlukan bantuan, pertolongan daripada memikirkan bagaimana untuk mencari atau menambah kekayaan melalui peluang menjadi wakil rakyat.
Piliharaya kali ini telah menelanjangkan banyak perkara bahawa setiap yang dinikmati selama ini dengan mudah terhakis dalam seketika. Kelekaan, kesombongan, keangkuhan sebenarnya yang menjatuhkan kita samada kita adalah pemimpin mahupun rakyat biasa. Keihklasan, ketekunan serta usaha dan kerjasama adalah kunci setiap kejayaan, keamanan serta keharmonian masyarakat.
Semoga Malaysia terus maju, rakyatnya aman dan bersatu, musuh negara di perangi bertalu, agar Tuhan memberkati kita selalu. Insyaallah
Khairulnazri
Leclerc rues ‘not easy day’ after taking P4 at Monza
-
Charles Leclerc admitted that he “couldn’t do much more” en route to a P4
finish at the Italian Grand Prix, with the Ferrari driver initially
battling Osca...
7 minutes ago
No comments:
Post a Comment