“Saya rasa amat berbangga dengan keputusan kerajaan negeri (di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim) meluluskan projek ini,” beliau dipetik sebagai berkata. Kata Teresa lagi: “Saya betul-betul tidak faham kenapa segelintir orang amat sensitif jika menyentuh perkara berkaitan babi atau daging babi.”
Beliau kemudian memberikan contoh pernah melihat babi-babi berkeliaran di perkampungan orang Melayu di Tumpat, Kelantan (negeri di bawah pemerintahan Pas) sewaktu melawat negeri itu beberapa tahun lalu.
Teresa jangan cepat lupa sejarah virus Nipah yang melanda Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan sembilan tahun yang lalu. Berapa ramai yang mati akibat virus maut yang berjangkit itu. Moden macam mana ladang ternakan babi itu kalau sudah menjadi wabak, tiada siapa yang boleh menahan.
Berapa ramaikah tauke-tauke babi yang membunuh diri apabila wabak virus Nipah melanda? Berapa ratus ribu ekor babi-babi ternakan mereka terpaksa dimusnahkan. Berapa ramai tenaga pekerja Melayu (dari Jabatan Haiwan) yang telah digunakan untuk menghapuskan babi-babi ini.
Cukuplah ia menjadi satu sejarah hitam negara. Jangan disebabkan perkara sensitif ini orang Melayu yang akan menjadi mangsa lagi. Cukuplah. Ambil iktibar daripada peristiwa ini supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.
Ingat Teresa, negara ini adalah negara Islam. Majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam. Hormatilah sensitiviti orang Melayu. Sudah terlampau banyak ladang ternakan babi di negara ini melebihi permintaan rakyat yang bukan beragama Islam. Janganlah hendak berbangga sangat untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeksport daging babi terbesar di Asia Tenggara.
Lihatlah Singapura. Siapa majoriti rakyat di sana? Saya ingin bertanya beliau, adakah ladang ternakan babi di sana? Tiada. Kenapa? Ini kerana mereka tahu babi tidak layak untuk diternak di sana. Yang busuk dan kotor itu cuma layak di negara ini. Itulah yang terjadi kepada negara kita sekarang.
Menyerang
Kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim jadikan ‘virus Nipah’ sebagai pengajaran yang berguna sebelum projek ini diteruskan. Janganlah nanti apabila wabak ini berulang semula atau wabak-wabak lain yang dibawa oleh babi-babi ini menyerang negeri Selangor barulah menyesal kemudian hari. Inilah agenda DAP untuk menyakitkan hati orang Melayu. Tak tahulah pula kalau Khalid Ibrahim tidak rasa apa-apa. Janji pendapatan masuk untuk negeri Selangor.
Belum habis dengan isu penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah melukakan perasaan orang Melayu yang beliau turut menyokongnya, ditambahkan lagi dengan kelulusan dari Kerajaan Negeri Selangor untuk ladang ternakan babi tersebut. Saya percaya ladang babi itu amat besar memandangkan kos pembinaannya berjumlah RM100 juta. Agak-agaknya beratus ribu babi yang dapat diternak.
Kepada Exco Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor termasuk Datuk Hassan Ali, lakukanlah sesuatu. Janganlah bersubahat. Anda semua telah menyokong meluluskan pembinaan ladang babi ini. Walau apa pun alasan diberi, sebagai pemimpin yang dikatakan memperjuangkan Islam anda semua sepatutnya menentang dan bukannya menyokong.
Sudah terlalu banyak babi di Malaysia. Janganlah mahu menambahkannya lagi. Sepatutnya anda bertindak mengurangkan tetapi ini di sebaliknya. Sepatutnya kita belajar dari wabak Japanese Encephalitis (JE) di Bukit Pelanduk pada tahun 1999. Lebih 100 nyawa terkorban termasuk kanak-kanak.
Kita masih ingat apabila Lim Kit Siang menyalahkan kerajaan atas apa yang berlaku berikutan serangan virus Nipah. Berikut adalah petikan kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP itu di Petaling Jaya pada 6 Jun 2000.
‘‘Kabinet harus meluluskan pakej kewangan bernilai RM1 bilion untuk mengubah kecuaian dan sikap tidak ambil peduli terhadap bencana virus Nipah yang disebabkan oleh kerajaan dalam industri penternakan babi.
‘‘Kejadian itu telah memusnahkan industri penternakan babi yang bernilai berbilion ringgit, dan lebih daripada 1 juta ekor babi telah dimusnahkan dan lebih daripada 100 nyawa telah terkorban.
Jadi nasihat kepada Teresa Kok, belajarlah daripada peristiwa ini. Janganlah berbangga sangat atas kelulusan itu (mendirikan ladang ternakan babi). Nanti apabila sudah jadi barah, kerajaan pula yang menjadi mangsa dan dipersalahkan. Maka hentikanlah pembinaan ladang babi di Sepang itu.
khairulnazri.blogspot.com
No comments:
Post a Comment