Pertama sekali, secara peribadi, saya ucapkan TAHNIAH di atas kemenangan besar YB di kerusi parlimen Seputeh pada PRU ke-12 yang lalu. Majoriti lebih 36 ribu, MEMANG PUKUL HABIS! Tsunami! Haha! Rasakan MCA…
Okay… Saya rasa terpanggil untuk memberi komen di sini setelah “5 EKOR BABI PANGGANG” menjadi “ISU” di kalangan pembaca dan pemerhati politik di blog YB ni… Alaaahaiii…
Kepada para pembaca yang budiman, saya MINTA dan RAYU agar membaca komen saya ini dengan berlapang dada serta minda dan hati yang terbuka sebagai seorang dewasa yang waras dan matang.
Saya seorang lelaki berusia 29 tahun. Saya seorang Muslim. Saya seorang Melayu. Saya seorang warganegara Malaysia yang telah 8 tahun layak mengundi, dan saya tak pernah terlepas walau sekali pun. Saya tak pernah mengundi BN. Saya seorang penyokong dan pengundi PAS. Saya juga penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat.
Saya telah membaca semua komen yang berkenaan dengan tajuk tersebut. Ada yang pro, ada yang kontra. Hakikatnya, saya harap JANGANLAH sesiapa menjadi emosional. Hakikatnya juga, saya dapati luahan idea dan perasaan terhadap “isu” ini sebagai sesuatu yang sihat kerana ianya adalah jelmaan amalan demokrasi.
Baiklah. Here it goes. Dalam Islam, yang HARAM berkenaan dengan babi adalah:-
1) Memakannya dan menyediakan hidangan tersebut kepada orang, baik yang Muslim atau yang non-Muslim
2) Memasaknya dan yang berkaitan dengannya
3) Berniaga / bekerja dengannya dan segala yang bersangkut-paut dengan kegiatan perniagaan / perdagangan dengannya (HARAM memakan / mengaut hasil daripada sebarang kegiatan tersebut)
4) Menternaknya dan mengagih-agihkannya
5) Memakai @ menggunakan sebarang produk daripadanya
SENTUH secara SENGAJA adalah TIDAK HARAM, namun IANYA SANGAT2 TIDAK DIGALAKKAN. Kalau TERSENTUH, ia tidak mengapa kerana dalam Islam, ada kaedah yang tertentu tentang cara nak menyelesaikan permasalahan sesuatu perkara, termasuklah jika tersentuh babi ini dan yang seangkatan dengannya. Setiap Muslim diminta menjauhi babi, TETAPI BUKAN MENGHALANG ORANG YANG BUKAN ISLAM DARIPADA MELAKUKAN APA-APA TERHADAP BABI, kerana itu adalah HAK mereka, dan Islam tidak pernah sekali-kali menyuruh umatnya merampas hak orang yang bukan Islam.
MELIHAT atau MENONTON babi juga TIDAK HARAM. Namun, tidak digalakkan juga melihat atau menontonnya jika tiada sebab yang kukuh. Sekadar melihat untuk mengetahui rupabentuk haiwan tersebut, itu tak apalah. Itu sudah memadai. Malah memang dituntut supaya setiap Muslim berilmu. Kalau tak pernah tengok babi, macam mana nak tau rupabentuk babi tu? Macam mana setiap Muslim nak menjauhinya? Fikir itu pun dah cukup. Tapi janganlah saja suka2 nak tengok, dan jangan sampai jadi tabiat pulak.
Oleh sebab itu, pendirian saya di sini menegaskan bahawasanya, SEPATUTNYA setiap Muslim tak kira di mana, sama ada di Malaysia atau bukan, agar TIDAK BERASA TERSINGGUNG jika YB Teresa Kok memaparkan gambar 5 ekor atau berapa ekor sekali pun babi panggang dalam majlis sambutan kemenangannya itu! Teresa bukannya seorang Muslim, dan orang ramai yang hadir dalam majlis makan babi panggang tu pun tiada seorang pun yang Muslim. Jadi, KENAPA NAK TERSINGGUNG? ITU HAK TERESA! TAK TIMBUL soal sentimen orang Melayu berasa tersinggung, apa yang perlu ditekankan di sini ialah, kalau ada orang Melayu yang melayari webpage ni dan ternampak gambar2 tersebut, janganlah ditengok lagi. Memang hakikatnya setiap Muslim memang tak suka pun nak melihat babi ni. Tapi, SIAPA SURUH bagitau “Teresa, janganlah letak gambar babi ni. Kami yang Muslim ni tersinggung.” Siapa suruh tengok kalau dah tak suka? Janganlah tengok lagi. Tengoklah gambar yang lain pulak! Teresa bukannya Muslim yang Muslim nak suruh dia tarik balik gambar tu! Itu dah kira menyinggung hak dia sebagai seorang yang non-Muslim di negara penduduknya Muslim ni! (INGAT! Malaysia BELUM LAYAK ditabal sebagai NEGARA ISLAM! Those UMNO members including Tun Dr. Mahathir & Pak Lah memang tak tau apa-apa berkenaan dengan Negara Islam). Apaaaaaaaaaaraaaa… Hiissshhhhh……
Susah mau cakaplah kalau minda tak terbuka.
Sebenarnya, bukan minda tak terbuka, tapi ada Muslim sendiri yang tak faham dengan hukum-hakam Islam. Tu lah yang payah. UMNO pun main peranan juga dalam hal ini kerana menyebabkan ramai Muslim di Malaysia tak memahami dan tak menghayati Islam secara yang sepatutnya. UMNO memang patut dipersalahkan (walaupun tak 100%!)
Jadi, saya sangat2 berharap… Kepada yang Muslim, KETAHUILAH HAK2 ANDA sebagai seorang Muslim yang sebenar, yang sejati, yang baik, dan yang mulia. Perkara “5 EKOR BABI PANGGANG” ni tak sepatutnya jadi isu pun. Dalam Islam sendiri dah termaktub tentang cara2 nak bergaul dan berjiranan serta bermasyarakat dengan golongan yang non-Muslim. Baca, belajar, hayati, dan amalkan! Islam itu KEAMANAN!
Sebagai tambahan, adalah tidak hairan dan tidak asing untuk PAS memperjuangkan keperluan dan kewajipan menubuhkan sebuah negara Islam kerana penduduk asal & majoriti Malaysia adalah Muslim, dan oleh kerana itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim di dalamnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. UMNO sepatutnya berbuat begitu tapi mereka tidak! Tidak hairan dan tidak asing juga untuk DAP memperjuangkan sebuah negara yang mengamalkan sistem politik yang sekular, kerana keanggotaan DAP dan perlembagaannya bukanlah sebuah parti yang Islam. Jadi, PAS dan DAP memperjuangkan hak masing2. Tidak ada apa yang salahnya. Apa yang perlu ditekankan ialah, yang mana satu yang menjadi pilihan rakyat? Negara yang sekular atau Negara Islam? Jika jawapan sudah diberi nanti, APA YANG PERLU DILAKUKAN ialah KAEDAH YANG PALING BAIK UNTUK MELAKSANAKANNYA. Itulah prinsip demokrasi yang kita gunapakai selama ini. Negara Islam tidak menafikan hak warganya yang non-Muslim. Begitu juga warga Muslim yang dah baisa hidup dlaam negara sekular sebagaimana Malaysia sekarang ini. Cuma bagi yang Muslim, memanglah wajib menubuhkan negara Islam. Tapi kalau dah suara majoriti nak negara sekular, terpaksalah menerimanya juga, sebab itu suara majoriti. So, apa2 pun pilihan rakyat, kita kena terima dengan akal yang waras, fikiran yang terbuka serta menerima dengan berlapang dada. Jangan tanya apa akan berlaku kepada Muslim yang nakkan negara sekular, itu antara mereka dengan Allah yang akan bersoal-jawab kelak. Yang penting, suara majoriti rakyat dalam sesebuah negara, dan kaedah terbaik dalam perlaksanaannya.
Saya mengharapkan semua Muslim di Malaysia dan non-Muslim di Malaysia tahu hak masing-masing, hidup dalam aman damai, bersatu padu dalam kebaikan, dan dapat menikmati kemakmuran yang seadilnya. Itulah harapan besar saya.
P/S: Saya berbesar hati kita dapat meluahkan perasaan dan pandangan masing-masing di sini kerana ia mencerminkan kebebasan kita bersama sebagai manusia, dan inilah yang BN halang selama ini. Teruskan menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat!
khairulnazri.blogspot.com
2 comments:
Salam bro,
Pasal teressa nak letak berapa banyak gambar babi dalam keadaan posing macamana sekalipun.....lantak pi dia la hak dia.:)
Tapi bro kena baca juag statement dia yang tak sensitif dengan perasaan orang melayu kelantan apabila dia sewenangnya umumkan secara public, babi melata-lata je di kampung melayu kelantan (Tumpat).Membuat kan orang panas hati juga kerana hatta dia nak politikkan situasi kampung bunuhan tumpat yang didiami oleh org siam agama buddha dan terus sahaja di katakan kampung melayu - jangan sampai melampau...
Itu satu-
Keduannya- boleh nak jaga hak non muslim.Memang itu tanggungjawab pemimpin dalam Islam pun.Dalam isu ladang babi- saya masih berpendapat-tidak matang untuk terus meluluskan projek idea UMNO semata-mata nak jaga hak non-muslim tanpa menangguh terlebih dahulu untuk kaji dan teliti suasana dan kehendak rakyat.
Pun..saya tak pasti kenapa saya perlu taip ini komen..
tq
Terimakasih diatas komen anda. Walaubagaimanapun, saya percaya bahawa rata-rata masyarakat Islam khasnya melayu tidak setuju tentang rancangan kerajaan Selangor melaksanakan Projek Ternakan Moden Babi di kawasan perumahan mereka. Lagipun sudah menjadi amalan kerajaan kita dari BN dan kini PR tidak menjaga kepentingan semua kaum kalau kita amati dengan teliti.
Jika kerajaan perihatin samada BN atau PR, projek sensitif ini jika dilaksanakan mesti diterima oleh semua kaum. Oleh itu, jika para pemimpin ini ada akal fikiran serta faham naluri sebagai seorang Islam sudah pasti ia akan memilih di sebiah kawasan yang semua orang tidak mempertikaikannya. Setiap kajian terdahulu harus di hebahkan supaya semua orang akan faham dan akan berasa lega tentang, keselamatan, keharmonian, keamanan yang dikecapi selama ini terus dipelihara. Pada fikiran saya, tidak kira siapa yang memerintah tetapi kita sebagai rakyat biasa tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Cuma pada mereka-mereka yang terjejas akibat perubahan politik sahaja yang menjadi kalut dan mengheret kita bersama. Jadi la huru-hara dsb.
Post a Comment