24 May 2008

BATU PUTEH - Helah Singapura Dan Kedaulatan Malaysia

Seluruh rakyat Malaysia telah tahu mengenai keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai pertindihan tuntutan terhadap Pulau Batu Buteh oleh Malaysia dan Singapura.

Dalam penghakiman tersebut, Singapura telah berjaya mendapatkan hak terhadap Pulau Batu Puteh ataupun yang mereka gelar, Pedra Branca. Sila klik disini untuk membaca penghakiman ICJ mengenai isu tersebut.

Sekali lagi Malaysia kehilangan haknya ditangan orang asing. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kita tidak lagi mempunyai kuasa dalam tuntutan Pulau Batu Puteh kerana ianya sudah melibatkan campurtangan mahkamah antarabangsa.

Yang menyedihkan hari ini, pemimpin negara menggadaikan tanah di negeri Johor kepada Singapura yang baru sahaja merampas hak rakyat Malaysia dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Rakyat Malaysia hanya mendiamkan diri sahaja dan kita sebagai ahli UMNO tidak melakukan apa-apa untuk mempertahankan kedaulatan negara. Hari ini UMNO telah menjadi parti Abdullah Badawi dan keluarganya. Barangsiapa yang cuba menentang, pasti akan tersungkur dikerjakan oleh menantu PM.

Singapura yang satu ketika dahulu adalah milik kita telah terlepas. Pulau Batu Puteh juga baru sahaja terlepas. Sekarang sedikit demi sedikit tanah Johor telah diambil oleh Singapura melalui projek WPI, Abdullah Badawi dan menantunya.

Jangan terkejut, 10-20 tahun lagi negeri Johor akan menjadi milik Singapura secara total. Pada ketika itu, kita hanya mampu melihat dan menangisi kedaulatan negara yang dirampas oleh Singapura.

Sekarang kita orang-orang UMNO hanya mendiamkan diri menyaksikan menantu Pak Lah (mendapatkan pendidkan awal di Singapura) mempengaruhi bapanya untuk menggadai kedaulatan negara kepada Singapura.

Menantu PM pasti tersenyum melihat Pulau Batu Puteh jatuh ketangan Singapura. Ini adalah langkah pertama. Sekarang ini sedikit demi sedikit tanah di Johor telah dibeli oleh Singapura.

Jika ini berterusan, Johor negeri kelahiran UMNO akan jatuh ketangan Singapura.

Fikirkanlah…. Pemimpin kita minta rakyat bertenang… Sedangkan rakyat terus berputih mata melihat kedaulatan negara tergadai…. Apakah Istana Johor juga terpaksa dipindahkan ke Melaka satu hari nanti?


kompilasi,

khairulnazri.blogspot.com



1 comment:

KHAIRUL NAZRI said...

Selepas ini tanah mana lak kena jual

Cars & Formula 1