16 May 2008

Kesan Gempa Bumi di Sichuan, China






















Ini adalah beberapa foto yang di ambil dari kesan gempa bumi yang berlaku di Sichuan, China. Sungguh dahsyat ujian yang Tuhan turunkan terhadap manusia. Kita seharusnya bersyukur bahawa bencana ini tidak menimpa kita, keluarga kita, negara kita.

Bayangkan sekiranya ia terjadi sudah pasti berlipat kali gandanya kesusahan, keperitan yang akan kita tanggung memandangkan kita selama ini amat selesa, aman menjalani kehidupan harian.

Pada diri saya mengakui tidak sanggup dan tidak sepenuhnya yakin ada kekuatan diri untuk menghadapi ini semua. Ini kerana saya tidak pernah merasai pengalaman yang amat dahsyat sebegitu rupa.

Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya serta kita semua agar mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa di Sichuan itu. Apa yang kita semua nampak dan sedar bahawa kita semakin hari semakin menjauhi perintah Tuhan. Kelekaan terhadap dunia semakin menjadi-jadi. Parti liar, hiburan berpanjangan, pertelagahan dalam hal yang mudah, kebongkakan, kesombongan sudah menjadi sebahagian dari trend hidup kita masakini.

Perubahan serta kesedaran tetapi berterusan kearah jalan yang diredai oleh Allah S.W.T harus di tanam di jiwa kita hari ini. Semoga kita mendapat keampunan dari Allah S.W.T dan dijauhi segala bencana. Insyaallah.


khairulnazri.blogspot.com


No comments:

Cars & Formula 1