21 May 2008

Lompat Si Katak Lompat

dari Chedet.com

Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
MP BN mai pakat lompat,
Segera jatuhkan Dolah Badawi.

Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi'
Apa yang UMNO dapat?
Selagi berpresidenkan Dolah Badawi?

Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Dollah Badawi dan konco jenuh pakat,
Namun UMNO dah tak releven lagi.

Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah Tinggi tinggi,
Macamana UMNO nak kuat?
Menteri-menteri dah tak bergigi lagi.

Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah Tinggi tinggi,
Manakan UMNO nak dapat tempat?
Menteri dok jaga diri sendiri.

Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah Tinggi-tinggi,
Wahai Tun, saya tak mengumpat,
Hanyalah mengingati diri.


kompilasi,
khairulnazri.blogspot.com




No comments: