22 May 2008

Muslihat Politik Anwar

Pertama sekali, kita semua diharapkan jangan terpengaruh dengan strategi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang berlaku sekarang ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba menggubah satu atmosfera politik tiruan serta memesongkan anggapan rakyat, kononnya beliau dan Pakatan Rakyat sangat kuat dan mendapat sokongan padu.

Beliau sedang mengembar-gemburkan pelbagai isu seperti yang kita ketahui hari ini sehinggakan isu-isu yang tidak ada atau pun kecil itu akan tampak besar dan akan bakal terjadi. Kaedah yang digunakan di atas merupakan satu muslihat politik yang sangat sukar untuk dibaca, difahami dan disedari oleh rakyat.
Pertama sekali, kita semua diharapkan jangan terpengaruh dengan strategi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang berlaku sekarang ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba menggubah satu atmosfera politik tiruan serta memesongkan anggapan rakyat, kononnya beliau dan Pakatan Rakyat sangat kuat dan mendapat sokongan padu.

Beliau sedang mengembar-gemburkan pelbagai isu seperti yang kita ketahui hari ini sehinggakan isu-isu yang tidak ada atau pun kecil itu akan tampak besar dan akan bakal terjadi. Kaedah yang digunakan di atas merupakan satu muslihat politik yang sangat sukar untuk dibaca, difahami dan disedari oleh rakyat.

Rakyat akan di buai dengan nada-nada dan mainan kata-kata Datuk Seri Anwar, sehinggakan ramai yang terpegun dan terperangkap di dalam wayang kulit beliau. Mode operandi beliau yang mengembar-gemburkan isu bahawa Pakatan Rakyat akan bakal mengambil alih pucuk pemerintahan negara, sesetengah MP BN di Sabah dan Sarawak akan bakal melompat ke parti Pakatan Rakyat, perlu diteliti dan diterangkan kepada rakyat dengan sejelas-jelasnya.

Malangnya, mode operandi politik beliau itu tidak berapa susah mencapai maklumatnya. Ini adalah kerana media-media alternatif tampak begitu berkesan dan beliau tidak perlu menyakinkan kesemua rakyat yang telah membaca atau mendengar segala dongengan beliau itu.

Malah jika muslihat politik seperti itu terus menerus dimainkan di pentas media, kekerapan tersebut secara perlahan-lahan akan menimbul pelbagai soalan di dalam hati rakyat. Dengan timbulnya persoalan-persoalan tersebut sebenarnya merupakan titik tolak kepada berlakunya keraguan di dalam hati rakyat.

Itulah yang ditunggu-tunggu kerana realitinya, manusia tidak pernah puas hati. Samada perkara sekecil-kecil harga gula atau petrol atau pun isu-isu besar yang lain, rakyat terdetik untuk turut mempersoalkan isu-isu tersebut.

Walau pun kerajaan telah berulang kali menyatakan sebab-sebabnya, rakyat telah dihidangkan dengan alternatif lain untuk tampak begitu lazat dan dapat memuaskan hati mereka.

Alternatif inilah yang sedang dimain-mainkan oleh Anwar Ibrahim.

Contohnya, beliau mengatakan bahawa beliau berjaya mengawal harga petrol jika dibandingkan dengan harga petrol hari ini semasa beliau menjadi Menteri Kewangan. Jika sekali imbas, rakyat akan berasa kagum dengan kemampuan beliau.

Akan tetapi, realitinya, beliau telah bermain-main dengan fikiran rakyat dengan harapan rakyat tidak berapa cerdik dan terlupa bahawa harga minyak se tong di era beliau adalah 5 kali lebih murah daripada hari ini.

Baru-baru ini pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengistiharkan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri yang lebih baik daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Mahathir Mohamad. Beliau juga mengatakan bahawa beliau akan memerangi korupsi.

Jika kita pelajari dan benar-benar faham kepada evolusi politik Datuk seri Anwar Ibrahim, kita sepatutnya tersenyum sinis apabila tanpa segan silunya mengatakan bahawa beliau adalah lebih baik daripada Pak Lah dan Tun Mahathir.

Jika berpandukan kepada sejarah, Malaysia akan pasti merudum dan gawat semasa krisis matawang Asia pada tahun 1997 jika kita mengikut ‘kecerdikan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakej IMF.

Kita juga tentu akan tersenyum sinis apabila beliau anti-korup sedangkan beliau merupakan seorang pemimpin yang korup ketika memegang jawatan di dalam kerajaan dulu.
Kita tentu tahu bahawa walau pun beliau dibebaskan pada September 2004 di atas tuduhan seperti homoseksual dan salah guna kuasa digugurkan disebabkan oleh masalah teknikal akan tetapi beliau tetap bersalah di atas tuduhan korupsi.

Persoalannya,

> Inikah pemimpin yang perlu di beri ruang seluas-luasnya untuk memimpikan jawatan Perdana Menteri?
> Apakah beliau akan terus dibiarkan dengan segala muslihat politik beliau?
> Apakah penguasaha-pengusaha saluran media alternatif sedia ada akan terus memain-mainkan mimpi beliau tanpa berasa diperalatkan walau sedikit pun?

Walaubagaimana pun, perlu diingat bahawa metafora serta kesangsian rakyat mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim hari ini turut di bantu oleh ketidakaktifan parti UMNO untuk counter attack serta menyiapkan jawapan-jawapan yang kuat, persisten dan memuaskan hati rakyat.

Pemimpin-pemimpin UMNO pula tidak bingkas, persisten dan lantang untuk melawan segala tohmahan beliau. Jika ada pun, ianya lebih merupakan kenyataan-kenyataan lemah yang berbentuk defensif dan menjawap soalan sahaja tanpa melontarkan counter attack yang benar-benar keras dan berbisa.

Dan jika kita selidiki, kelemahan yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu menjadi lubuk emas kepada Datuk seri Anwar Ibrahim untuk terus ‘menyerang’ dan pastinya, beliau akan terus ‘menyerang’ lubuk itu.

Ironinya, sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu lantang menyuruh Dr Mahathir supaya berdiam diri, tidak pula lantang mempertahankan Presiden dan Timbalan Presiden apabila dicerca bertubi-tubi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya merupakan musuh politik UMNO yang sebenarnya perlu ditentang habis-habisan dan bukannya Tun Dr Mahathir.

Seperkara lagi, kita perlu akui bahawa semangat ahli-ahli UMNO turut terganggu disebabkan oleh kekalahan teruk semasa PRU-12. Dan tanpa usaha yang benar-benar telus dan berterusan daripada pihak kepimpinan tertinggi UMNO, ahli-ahli UMNO terdedah, goyah dan mungkin terpengaruh dengan muslihat politik Datuk seri Anwar Ibrahim itu.

Perlu diingat bahawa kekalahan beberapa negeri dan prestasi BN yang tidak memberangsangkan semasa PRU-12 tidak sekali-kali disebabkan oleh kekuatan DAP, PAS dan PKR. Pastinya ia juga bukan disebabkan oleh Datuk Seri Anwar kerana krdibiliti beliau telah lama tercalar dek aktiviviti-aktiviti tidak bermoral beliau.

Perkahwinan di antara 3 parti pembangkang yang mempunyai ideologi politik yang sangat berbeza itu pula tidak akan mungkin dapat memerintah negara ini dengan aman.

Realitinya, walau pun DAP telah berjaya mengubah ideologi PAS menjadi parti yang sanggup bersekongkol dengan mereka, ahli-ahli mereka perlu segera disedarkan.

Parti PKR pula terpaksa memancing ahli-ahli UMNO untuk membentuk cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian baru mereka kerana bilangan orang Melayu yang aktif dalam politik hanya terbahagi kepada dua iaitu UMNO dan pembangkang. Tentunya PKR dan PAS tidak mahu bersaing sama sendiri untuk mendapatkan ahli baru.

Sudah tiba masanya untuk UMNO dan BN menggerakkan satu taktik politik ofensif untuk melawan segala tohmahan parti pembangkang dengan lebih persisten dan keras. Dalam masa yang sama, ahli-ahli parti DAP dan PAS yang kebingungan dek sandiwara pemimpin-pemimpin mereka juga perlu didekati.

Kesemua mereka perlu diajak agar keluar beramai-ramai dan masuk ke dalam parti UMNO atau pun parti-parti komponen BN yang lain.


kompilasi,
khairulnazri.blogspot.com


No comments:

Cars & Formula 1