14 May 2008

PERJUANGAN DI TERUSKAN



HARI ini, sekali lagi penduduk Bandar Sultan Suleiman Port Klang akan berhadapan dengan pihak PKNS, menuntut keadilan dan dalam pada masa yang sama mengharapkan belas kasihan, kefahaman serta keperihatinan dari semua pihak samada dari PKNS, MPK serta dari para penduduk itu sendiri.

Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Bandar Sultan Suleiman yang di tubuhkan pada 12 Mei 2008 yang lalu akan menjadi barisan hadapan untuk menghadapi gelombang yang di mulakan oleh pihak PKNS dan jawatankuasa ini akan berjuang habis-habisan menangkis segala helah dan sebab PKNS beria-ia untuk menukarkan status plan perumahan kepada Zon Industri.

Pada fikiran saya, pastinya pegawai-pegawai PKNS ini tidak merasai perasaan orang ramai yang akan menjalani kehidupan bersebelahan dengan kilang industri berat. Saban hari pastinya akan menghadapi trauma kebimbangan dari segi bunyi bising, pekerja-pekerja entah dari Bangla, Myanmar, Nepal yang pastinya saban hari lalu lalang pergi kerja dan balik. Lori-lori berat yang membawa besi-besi serta bahan-bahan mentah untuk kegunaan kilang tersebut.

Juga dengan keselamatan anak-anak mereka saban hari yang berhadapan dengan kemungkinan kemalangan yang memungkinkan membawa maut, kerugian, kesedihan dari semua aspek kehidupan.

Tidakkah PKNS memikirkan itu semua selain dari keuntungan kepada tembolok sendiri. Tidakkah mereka nampak akan kesan jangka panjang terhadap pembentukan masyarakat yang pastinya kan kucar-kacir sekiranya rancangan mereka itu diteruskan.

Tidakkah PKNS memikirkan cara yang lebih teratur di dalam merancang pembangunan samada dari segi perumahan mahupun perindustrian yang mana kedua-duanya diperseimbangkan. Perseimbangan perlu wujud di dalam perancangan pembangunan supaya suatu suasana selesa dinikmati oleh semua pihak samada pada orangramai mahupun kepada peniaga itu sendiri. PKNS sudah seharus lebih matang dan berpengalaman di dalam perkara-perkara seumpama ini. 30 tahun penubuhan PKNS di Negeris Selangor ini bukanlah suatu usia yang muda.

Saya pasti dan percaya, setiap perkara yang kita lakukan hari ini samada demi untuk kebaikan mahupun untuk kepentingan sendiri akan mendapat balasan yang sewajarnya. Keikhlasan serta tawakkal kepada Tuhan harus senantiasa berada di dada. Insyaallah dengan niat yang suci dan ikhlas, apa yang kita semua harapkan pasti akan mendapat kejayaan, kerahmatan dan kemakbulan dari Allah S.W.T.

khairulnazri.blogspot.com


No comments:

Cars & Formula 1