30 June 2008

Apalah nasib Anwar

Sebelum beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau merupakan salah seorang aktivis dan pelajar yang aktif. Keaktifan serta kepandaiannya berpidato serta berhujah telah menarik minat oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir.

Selepas beberapa lama ditarik masuk ke dalam kerajaan, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan harapan akan meneruskan kesinambungan pemerintahan negara yang terus membawa Malaysia terus maju, aman dan makmur.

Namun begitu, panasnya tidak ke petang. Tengahari dah hujan. Bukan setakat hujan malah ribut petir melanda. Gara-gara celungap untuk menjadi Perdana Menteri dengan kadar segera, beliau telah mengantur reformasi dengan melawan bosnya sendiri. Mungkin sikap reformasinya ketika berada di universiti masih membaluti jiwa dan pemikirannya walaupun kelihatan harus oleh sesetengah orang, tetapi ia telah memakan diri.

Bukan mudah untuk menjatuhkan seorang ketua yang telah lunyai di sepak terajang ketika jatuh, disanjung dipuja ketika berada selama 22 tahun memerintah. Seperti anak dan bapak. Sebelum menjadi bapak, dia akan menjadi anak dulu. Oleh itu, setiap pergerakan, pemikiran, tindakan anak ini pastinya bapaknya akan tahu.

Sikap melawannya itu telah mengakibatkan dia di penjara atas tuduhan yang sebagai seorang Islam, kita semua tidak dapat menerimanya. Namun begitu, dia terus berjuang jua. Tidak kisah dengan siapa dia berjumpa, hubungi samada kawan mahupun lawan yang menjadi kawan kembali demi untuk mneruskan cita-cita, hasrat tersirat dan tersurat, sumpah-saka serta agenda-agenda yang sebahagian dari kita menyokongnya.

Kini, beliau kena tuduh lagi, malah dituduh oleh pembantu rapatnya pulak. Kesalahan yang sama pulak tu. Dan saya pasti, his gonna play with the same field and the same ball. For how long? Time will tell. Samada suka atau tidak, kita pastinya akan berhadapan satu lagi reformasi.

Bersiap sedialah kita dengan mengharungi kesesakan lalulintas, perintah berkurung, kejatuhan bursa saham, penurunan pelaburan asing, kejatuhan indeks kaca mata dunia terhadap Malaysia, tepuk dan sorak oleh bangsa asing atau sebagainya.

Yang jelas, bangsa kita Melayu akan terus dilanda kemelut dan belut. Kemelut politik, kemelut ekonomi, kemelut agama malah kemelut jati diri. Saya amat takut sekali untuk terus memikirkan semua ini. Sebabnya, sudah lumrah payah untuk mendapat pertolongan dari bangsa sendiri jika kita jatuh. Kita tengok dan lihat lah nanti. Insyallah.

kompilasi,
khairulnazri.blogspot.com

No comments:

Cars & Formula 1