28 June 2008

Status hak milik tanah kekal 999 tahun kepada kampung baru di Perak


IPOH 27 Jun – Cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri ini menimbulkan persoalan kerana ia dilihat lebih bermotifkan politik.

Ini kerana, pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).

Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina.

Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

Cadangan untuk memberi status hak milik kekal itu dianggap sebagai luar biasa kerana kerajaan campuran Perak baru tiga bulan memerintah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini hari ini berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara.

Untuk itu katanya, beliau akan merujuk cadangan tersebut mengikut Kanun Tanah Negara atau mana-mana perundangan yang dibenarkan.

“Ini tertakluk kepada keputusan dan pertimbangan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dan juga kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang,” katanya

Utusan Malaysia, 27 Jun 2008

Pada fikiran saya, satu lagi episod malang kepada bangsa Melayu. Sekiranya rancangan kerajaan negeri Perak untuk memberikan status hakmilik selama 999 tahun kepada semua kampung-kambung baru yang 90% adalah bangsa Cina, jelas menampakkan bahawa bangsa kita Melayu kini terus diperkotak-katikkan. Walaupun diberi peranan untuk memerintah namun kuasa membuat keputusan bukan di tangan kita lagi. Tugas kita kini hanya merasmikan apa yang telah diputuskan oleh mereka.

Nasib bangsa kita sekarang ini terletak di tangan mereka dan mereka-mereka ini boleh berbuat apa sahaja tanpa halangan kerana yang akan menerima tekanan, padah dan palit adalah bangsa kita juga.

Well, apa yang hendak dikatakan. Begitulah keadaan sekiranya kita gila kuasa, bernafsu untuk mencapai keinginan duniawi dan mengayakan kelompok sendiri. Kisahnya sama tetapi playernya yang tak sama...

kompilasi,
khairulnazri.blogspot.com

No comments:

Cars & Formula 1