25 June 2008

Bukan Mudah Menjadi Pemimpin

Gara-gara kenaikan harga petrol di negara kita, pendapatan kita kini semakin menurun. Kita bukan hanya menghadapi kenaikan harga petrol malah barang-barang keperluan yang lain, perkhidmatan, tambang bas dan teksi, bas sekolah malah dari segenap segi kita harus mengadap kenaikan harga. Kemana akan kita hamburkan ketidakpuasan ini?

Cara yang lebih mudah ialah kepada mereka yang membuat keputusan. Kepada yang memimpin negara ini. Bagaimana caranya? Tunjuk perasaan, piket, rapat umum dan sebagainya. Cara yang menjadi kebiasaan oleh rakyat di seluruh dunia.

Jelas bahawa pemimpin kita hari ini tidak membuat homework. Maksudnya, sekiranya ingin menaikkan sebarang harga, kesan dari keputusan tersebut akan mempengaruhi setiap aspek kehidupan, keperluan harian, pemikiran dan pandangan, budaya serta bakal mewujudkan permasalahan baru yang mungkin kita tidak akan jangka momentumnya samada kepada negara, pemimpin serta malah kepada rakyat jelata khasnya. Jika difikirkan secara logik, mungkin Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan pasti penuh dengan pesakit meminta rawatan ketika ini.

Kesakitan jiwa menghadapi kenaikan masakini jika tidak dibendung dengan akal fikiran yang positif, budaya hidup yang proaktif, kesabaran serta ketakwaan sudah pasti meriahlah Hospital Bahagia kelak. Sebenarnya kita masih boleh bertahan menghadapi dugaan ini. Kesabaran, ketakwaan, memperbaiki budaya hidup kita serta ikhlas di dalam menghadapi yang mendatangi kita dengan izin tuhan kita akan merasai kejayaannya.

Kejayaan dari segi kepuasan sebabnya kita mentafsirkan kepuasan itu sebagai kejayaan dari sudut psikologi. Pada pemikiran saya, kita boleh mengekang kenaikan ini dengan tindakan proaktif. Kita boleh kurangi aktiviti atau program di mana ia melibatkan kenaikan perbelanjaan kita. Ini termasuklah perjalanan yang tidak perlu, penggunaan utiliti yang berlebihan atau sebagainya. Kita tidak perlu korbankan apa yang kita amalkan selama ini cuma kita kurangikan sahaja.

Tidak menjadi suatu pembaziran sekiranya kita berbelanja berlebihan sekiranya kita mampu. Namun sekiranya kita merasakan ia membebankan, kita slow sedikit. Kalau dahulu kita beli ayam 3 ekor, kini kita kurangkan seekor. Kita tetap juga dapat menikmat ayam walaupun dengan kuantiti yang sedikit. Kalau dahulu kita bercuti ke luar negara, kita boleh bertukar angin ke dalam negeri pulak. Jimat malah tidak kurangnya cantik melancong di dalam negara sendiri.

Mungkin dengan sikap yang positif dengan sedikit kreativiti, majlis sambutan hari raya kita kelak pasti berubah. Mungkin dari segi makanannya atau dari segi program-program rumah terbuka yang menjadi kelaziman kita selama ini. Saya berfikir begini kerana saya menganggap membuat ketupat, rendang, lemang atau sebagainya bukan suatu kemestian pada setiap hari raya. Zaman sekarang kita hanya memikirkan mudah dari segala segi. dari segi agama, kita juga tidak digalakkan membazir atau berlebihan.

Oleh hal yang demikian, pada fikiran saya, kenaikan harga yang kita semua hadapi ini adalah sebagai ujian dan dugaan dari Allah S.W.T. Mungkin kita semakin melupaiNYA. Melupai suruhanNYA, melupai laranganNYA. Maka dengan ujian ini, kita akan kembali sujud kepadaNYA, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Insyaallah.


khairulnazri.blogspot.com

No comments:

Cars & Formula 1