24 June 2008

Kenaikan harga petrol dan barangan - Kenapa kita harus bimbang


Salam sejahtera,

Setelah sekian lama saya memerhatikan situasi yang berlaku di dalam negara kita sekarang berhubung dengan kenaikan harga petrol, barangan keperluan harian serta yang berkaitan, boleh saya simpulkan bahawa kita lebih condong kepada hawa nafsu semata-mata.

Kenapa saya menulis begitu? Kenapa tidak. Kita hanya merungut barangan semakin mahal, minyak semakin mahal, harga makanan pun semakin mahal, harga ikan naik, harga sayur naik, harga ayam pun naik. Setiap berita yang kita baca di dada akhbar mahupun di kaca TV melaporkan berita-berita berhubung dengan rungutan sahaja.

Kita sebenarnya boleh berfikir dengan cara positif didalam menghadapi dugaan ini. Namun kita tidak berbuat demikian. Kenapa? Nafsu kita sudah menguasai diri. Kita tidak sanggup berkorban walau sedikitpun untuk meredakan pesta naik harga kali ini. Kita tetap rakus berbelanja, membeli apa sahaja mengikut kehendak serakah yang tercipta. Dan dalam pada masa yang sama kita merungut disebabkan kita tidak lagi dapat berbelanja dengan lebih dengan wang yang ada.

Oleh hal yang demikian, kekangan nafsu ketika menghadapi situasi sekarang ini amat penting. Harga ayam pastu turun jika kita kurangkan makan ayam. Roti canai pasti turun jika kita kurang melepak di kedai-kedai mamak hingga dini pagi. Petrol pasti turun jika kita kurang menggunakan kenderaan sendiri. Kesihatan kita pasti semakin baik sekiranya kita kurangkan setiap aktiviti atau program yang tidak sihat.

Selain daripada itu, untuk menambahbaikan lagi kualiti hidup kita kini, pendekatan diri terhadap Tuhan harus ada. Berubah dari menyembah dunia, kita kembali kepada jalan yang dituntut olah Tuhan yang maha Esa.

Mudah bukan...


khairulnazri.blogspot.com


No comments:

Cars & Formula 1