04 June 2008

Derma untuk mangsa gempa Sichuan cecah RM20 juta


Menakjubkan tetapi tidak menghairankan. Saya pasti peratusan tinggi penderma-penderma adalah dari kalangan bangsa cina kita yang tinggal, bekerja, bekeluarga di Malaysia. Mereka sekali lagi telah menunjukkan perpaduan, keutuhan serta kesinambungan membantu bangsa mereka sendiri tidak kira dimana mereka berada dan apa jua keadaannya. Bilakah bangsa kita Melayu boleh berbuat demikian? Ikuti berita yang dipaparkan hari ini.

Berita Harian, 4 Mei 2008 @ 1319 pm

KUALA LUMPUR: Sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa gempa bumi yang melanda wilayah Sichuan, China, 12 Mei lalu mencapai kira-kira RM20 juta sehingga kini, kata Duta Besar China ke Malaysia, Cheng Yonghua.

Beliau berkata, sumbangan itu akan diserahkan kepada kerajaan China secepat mungkin untuk membantu mangsa gempa yang meragut nyawa kira-kira 69,019 orang.

"Kira-kira RM20 juta sumbangan daripada Malaysia setakat ini sudah berada dalam akaun kedutaan. Jika penderma tidak menyatakan dengan spesifik kegunaan wang derma itu, pihak China akan menggunakannya mengikut keperluan mereka.

"Senarai nama penderma juga akan diumumkan dalam laman web kedutaan hari ini atau esok untuk memastikan ketelusan dalam penyaluran wang derma itu,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Cheng berkata, keadaan di kawasan gempa bumi itu semakin baik dan semua agensi tempatan termasuk kerajaan pusat China sentiasa memastikan keselamatan di kawasan itu.

"Apa yang kami lebih perlukan sekarang ialah khemah, ubatan dan pusat pemeriksaan kesihatan selain pembinaan sekolah sementara untuk kanak-kanak bersekolah semula,” katanya.

Sebelum itu, Cheng menerima sumbangan RM24,000 oleh penduduk kawasan Parlimen Lumut yang diserahkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha yang juga anggota Parlimen Lumut.- Bernama

kompilasi,

khairulnazri.blogpsot.com



No comments:

Cars & Formula 1