09 June 2008

PM cadang pelan tindakan baru tangani krisis tenaga


09/06/2008 12:16pm - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta industri minyak dan gas supaya merangka satu pelan tindakan strategik yang baru bagi menangani krisis tenaga global kerana isu itu tidak boleh diatasi menerusi usaha secara kecil-kecilan.

Perdana Menteri berkata tindakan penyelesaian yang baru itu hendaklah merangkumi penemuan proses dan teknologi, penyelidikan dan pembangunan lanjutan serta pakatan dan perkongsian baru.

"Ini akan menghasilkan bekalan tenaga yang terjamin, selamat dan berkesan yang dapat meningkatkan taraf hidup dalam persekitaran yang mesra alam,” katanya dalam ucap utama pada Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-13 di sini hari ini.

- Bernama

Well... begitu la regim pentadbiran Pak Lah bekerja. Laksana dulu baru ada pelan tindakan. Setelah rakyat melahirkan rasa tidak puas hati, marah dan geram diatas kenaikan harga minyak tempohari, kini barulah Pak Lah terhegeh-hegeh mengumumkan "suatu pelan strategik" untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

Sepatutnya Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan kerajaan seharusnya sedar akan kesan-kesan kenaikan sebarang kos-kos seharian seperti petrol, makanan, tol yang mana ia merupakan inti segala kenaikan terhadap barang dan perkhidmatan lain. Dia seharusnya mengumumkan serentak kenaikan serta pelan tindakan menanganinya supaya kita rakyat sedar betapa kenaikan itu adalah masalah yang sama seperti yang dihadapi oileh negara-negara lain. Namun begitu, kita dilontarkan dengan bom tanpa dapat kita mempertahankan diri dari kemelut ekonomi ini.

Sedar atau tidak, sistem yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia ini adalah beli dahulu, tawar kemudian. Kita kini semakin hari semakin terhimpit, miskin, bercelaru, ditindas dan entah apa akan kita dan generasi kita kelak hadapi dimasa-masa hadapan. Berdoa tanpa usaha, sia-sia. Berusaha tanpa berdoa, kita alpa.

khairulnazri.blogspot.com

No comments:

Cars & Formula 1