28 August 2008

Anwar - selepas ke Parlimen ke mana?


FAKTA PENTING

Menurut satu laporan Bernama hari ini, daripada 58,459 pengundi di kawasan parlimen berkenaan, 26,942 daripadanya anggota BN, termasuk 19,442 anggota Umno. Gerakan pula mempunyai 2,900 anggota, MCA (2,400), MIC (1,700) dan PPP (500) anggota yang layak mengundi.Bagaimanapun, calon BN berjaya mengutip 15,524 undi - membayangkan 11,418 lagi anggota BN tidak memangkah calon parti itu sendiri atau tidak keluar mengundi.


Parlimen akan mula bergolak rancak. Perbahasan mungkin akan lebih hebat dengan Anwar sebagai ahli Parlimen. Anwar Ibrahim akan menjejakkan kakinya sebagai Ketua Pembangkang. Kemenangan Anwar di Permatang Pauh menggelapkan isu-isu kontroversi liwat, melenyapkan sumpah Saiful, melenyapkan kemampuan Ezam Mohd Nor, melupuskan makna pada sumpah Najib, isu yang dibawa oleh Datuk Nallakarupan dan melenyapkan mereka yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat tanpa masuk mana-mana parti lain tetapi mengharapkan ada impak yang dapat membantu UMNO untuk sekurang-kurang menghalang peningkatan majoriti Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.


Klik untuk baca selanjutnya...


No comments:

Cars & Formula 1