28 August 2008

Masa gelap Melayu

ImagePertanyaan dan andaian sering dibuat – mereka menjual hak Melayu, mereka mengikis hak Melayu dan masa depan Melayu semakin gelap. Persoalan dan andaian ini buat – oleh UMNO kepada Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat terhadap UMNO. Ini tidak lagi disertai oleh PAS dan pertubuhan Melayu yang menjadi entiti lahiriah wadah politik yang ada. Senario bantahan berbeza. Pakatan Rakyat mahu menyelamatkan Melayu dengan menghalang kepimpinan UMNO yang dikatakan korup mengaut keuntungan dari dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan dan UMNO hari ini mencabar kecurangan pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat yang dikatakan mengetepikan agenda Melayu dan melunaskan khususnya agenda DAP.


Tuduhan mengenai projek babi – pentadbiran Negeri Perak dan Pulau Pinang yang dihalakan kepada agenda Cina – tuduhan UMNO Putera - kegagalan DEB – keruntuhan pendidikan dan kerosakan moral sosial Melayu – kemiskinan – penggunaan Bahasa Inggeris untuk matematik dan Sains – kemasukan bangsa lain dalam UiTM – pembahagian kontrak yang tidak membantu Melayu – pembahagian kontrak yang disapu oleh kroni Melayu – Cina di belakang kontrak besar – rasuah – kuasa politik yang terlepas – kuasa ekonomi yang tidak berada pada Melayu – Wilayah Iskandar merugikan Melayu – Kampung Baru Kuala Lumpur, tidak kira apa tuduhan, tidak kira oleh siapa kepada siapa, tidak peduli dari parti mana ke parti mana tetapi ini hanya menampak satu perkara – masa gelap Melayu Tanah Melayu.


Klik untuk baca selanjutnya..



No comments:

Cars & Formula 1