28 August 2008

UMNO - ke arah kepupusan?



Salam..saya mengikuti perkembangan UMNO sejak sekian lama. Pernah menjadi Exco pemuda UMNO Bahagian Gombak untuk 2 penggal. Apa yang saya lihat UMNO menjadi statik dan tidak berubah dari semua aspek.

Yang jelas perebutan jawatan yang bakal menjanjikan habuan duniawi semata2. Kuasa, wang ringgit nampaknya menjadi agenda peribadi oleh KEBANYAKAN mereka. Namun masih ada segelintir mereka yang berjuang tetapi akan dan bakal tersisih oleh segerombolan yang rakus dalam semua bidang. Kalau UMNO tidak evolve bersesuaian dengan perkembangan masa kini UMNO akan pupus dalam masa terdekat seperti pupusnya dinasor akibat tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan masa kini.

UMNO mesti merubah dengan kadar SEGERA atau bakal pupus dan akan tercatat dalam sejarah. Ada teori mengatakan sesuatu organisasi hanya mampu bertahan selama 50 tahun sebelum ditelan arus perubahan jika mereka tidak menyesuaikan diri searas perubahan yang bakal melanda.


Klik untuk baca selanjutnya..




No comments: