28 August 2008

Pok Lah : Mesej tak sampai

Dengan gaya sindirannya, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ketewasan BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai "mesej yang sia-sia" daripada pengundi kepada penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat," katanya, mengulas satu lagi prestasi buruk BN selepas kekalahan teruk dalam pilihanraya umum Mac lepas.

mahathir and anwar 121205Bekas timbalannya yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menang dengan majoriti lebih besar - 15,671 undi - berbanding yang diraih presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lima bulan lepas, 13,388.

Bekas perdana menteri berkata, bagaimanapun mesej dari Permatang Pauh tidak disedari oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin lain Umno.


Klik untuk baca selanjutnya..


No comments:

Cars & Formula 1