03 September 2008

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Nama Tempat

Nama sesebuah tempat membayangkan sejarah, budaya dan tradisi tempat itu, dan tiada kesudahan akan legenda, mitos dan sebab tempat itu diberi nama sedemikian.

Ada nama yang mungkin menimbulkan kelucuan atau ramai yang berasa aneh apabila mendengar beberapa tempat yang pelik bunyi dan maknanya di Malaysia, sebagai contoh; Bayan Lepas, Gelang Patah, Malim Nawar, Selinsing dan Gertak Sanggul.

Terdapat juga banyak nama tempat tanpa sebarang maksud. Kita mungkin sudah biasa mendengar nama Ayer Kuning, Ayer Putih, Pasir Panjang, Pasir Puteh dan Pasir Mas. Tetapi, bagaimana pula semua nama ini muncul?

Penerangan mengenai makna dan asal-usul nama-nama tempat di Malaysia terkandung dalam sebuah buku lama yang bertajuk `Malayan Place Names - Port Weld to Kuantan yang ditulis oleh S. Durai Raja Singam. Buku ini pertama kali diterbitkan pada 1939 dengan mukadimah penulis bertarikh Januari tahun yang sama dan G.Hawkins daripada Royal Asiatic Society cawangan Malaya menulis prakata buku ini.

klik untuk baca seterusnya...


No comments: