09 September 2008

Bekerja cara terbaik atasi masalah - Khalid Ibrahim


KLANG, 9 Sept (Harakah) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata membuat kerja adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah rakyat bukannya menunjukkan muka tanda sudah turun padang.

Abdul Khalid berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang beliau tidak turun padang menjenguk mangsa ribut di sekitar Selat Klang dan Rantau Panjang awal Ramadan lalu.

"Kita membuat kerja untuk menyelesaikan masalah bukan sekadar tunjuk-tunjuk muka," kata beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa sumbangan yang diberikan kepada rakyat tidak seharusnya dinilai berapa wang yang telah digunakan.

"Buat kerja lebih baik daripada hanya banyak bercakap," kata beliau.

Abdul Khalid menjelaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali sangat aktif membantu dan tidak memerlukan beliau untuk hadir selepas kejadian tersebut.

"Kami berhubung melalui telefon bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi mangsa kemudiannya saya hantar tukang rumah dan lain-lain untuk membantu penduduk," kata Abdul Khalid.

klik untuk baca selanjutnya..


Pendapat saya,


1. Kita tidak perlu mempertikaikan bagaimana atau cara pendekatan MB Tan Sri Khalid Ibrahim kini di dalam menangani sebarang krisis yang berlaku di negeris Selangor ini. Sebagai bekas ahli koporat, beliau pasti akan menggunakan segala pengalaman di bidang pengkoporatan mengadaptasikan kaedah dan cara yang sama untuk menyelesaikan masalah negeri.


2. Di dalam dunia koporat, penyelesaian dan keputusan adalah penting di dalam menghadapi sesuatu masalah. Di dalam konteks MB Selangor ini, apa yang penting adalah untuk menyelesaikan masalah, bagi bantuan apa yang perlu dan sepatutnya and we all continues with the our lifes. Mudah.


3. Secara logiknya tindakan dan cara MB kita ini adalah suatu tindakan yang sebenarnya wajar. Ini adalah kerana beliau sudah ada pembantu-pembantu yang dibayar gaji untuk menghadapi krisis dan masalah yang berkaitan dengan rakyat. Kenapa perlu lagi dia untuk turut turun padang bersama-sama mereka-mereka ini.


4. Maka, hal yang serupa juga berhubung dengan pembinaan ladang ternakan babi berteknologi tinggi di Sepang. MB kita tidak perlu untuk memikirkan sebarang masalah atau implikasi projek tersebut terutama kepada penduduk sekitar memandangkan bidang ternakan babi ini membawa pelbagai pencemaran dan ketidakselesaan kepada manusia walau secanggih mana pun pembinaannya. MB kita yakin kepada orang-orang bawahannya boleh menyelesaikan sebarang persoalan berhubung dengan projek babi ini.


5. Ini jelas menggambarkan bahawa MB tidak diperlukan di dalam setiap perkara dan hal berhubung dengan permasalahan rakyat. Ini bukan kerja dia. MB hanya memantau setiap perkara itu dari jauh dan memberi isyarat kepada exco-exconya untuk pergi ke masalah tersebut dan selesaikan. Pandai-pandailah kau settle.


6. Namun, kita harus sedar bahawa sebagai seorang Islam dan berbangsa Melayu, sikap hormat dan rendah diri itu sebenarnya membantu kita di masa hadapan. Tidak menjadi kesalahan kita merendah diri kepada orang lain, sama-sama menghadapi kesusahan paling tidak pun memahami masalah kita.


7. Sumbangan dan bantuan itu perlu dalam apa jua keadaan. Keihklasanlah yang menjadikan sumbangan dan pertolongan kita ini diberkati oleh Allah SWT. Untuk MB kita, pandang-pandanglah kita dibawah ini. Hari ini orang susah, besok mungkin kita pula gilirannya. Timbang-timbangkan lah



No comments:

Cars & Formula 1