12 September 2008

Pak Lah perlu undur untuk selamatkan UMNO & BN


Tarikh 16 September 2008 kian hampir tiba. Rakyat jelata Malaysia menanti dengan penuh debar. Masing-masing tertanya-tanya, mampukah dan berjayakah Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di peringkat pusat?

Mereka juga berteka-teki, akan gagalkah percubaan Anwar jika Abdullah dengan sukarela mengosong jawatan Perdana Menteri dengan serta merta? Jika Abdullah sudi berkorban demi agama, bangsa dan tanahair, siapa pula akan menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri? Mungkinkah Datuk Seri Najib Tun Razak? Mungkinkah muka baru yang tidak diduga oleh mana-mana pihak sebelum ini?

Seperti biasa saya tegaskah bahawa apa yang diura-urakan oleh Anwar dan PR tidak akan terjadi kalau BN kuat dan Abdullah mempunyai minda yang gagah lagi perkasa. Apa yang dikuhuatiri berlaku ini tidak mungkin berlaku jika Abdullah seorang pemimpin yang tegas dan strategik pemikirannya.

Lebih penting lagi, Anwar tidak mungkin menghebahkan cita-citanya untuk menumbangkan BN kepada seluruh dunia jika Abdullah akur dan menghormati tuntutan rakyat jelata menerusi PRU 12 – berhenti jadi Perdana Menteri dengan serta merta.

sila klik untuk baca seterusnya..

sumber : Blog Kuda Kepang

No comments:

Cars & Formula 1