02 September 2008

Jasa-jasa Barisan Nasional: Jangan Menghukum Kerajaan

1. Banyak orang yang bertanggapan hanya orang kampung sahaja yang sokong Barisan Nasional. Tapi, adakah tuan terfikir, apa sumbangan Barisan Nasional kepada orang-orang kampung ni? Banyak, sejak 50 tahun lepas.

2. Saya rasa kebanyakan yang saya akan perkatakan ini memang tuan-tuan pernah alami di kampung-kampung tuan-tuan.


3. Jalan-jalan yang lebih besar, dulu takde tar, tanah merah sahaja.


4. Masjid/surau di kampung tuan-tuan, dulu kayu, sekarang dah batu, dapat lagi peruntukan dari YB-YB, beli kipas, tukar pintu, tingkap, sesetengah tu dapat air-con, dan ada yang lagi baik, dapat Masjid/Surau baru diubahsuai.


5. Rumah terbakar, jumpa YB, dapat sumbangan jugak walaupun punca kebakaran daripada kita sendiri, sesetengah orang sehingga menganggap duit sumbangan tu wajib dapat setiapkali berlaku bencana.


6. Untuk bertani pulak, dapat sumbangan benih, baja, paip, dapat pulak modal pusingan nak beli cangkul dan sebagainya. Sesetengah orang pulak, dah dapat barang-barang ni, pegi jual kat apek-apek kebun sayur. Tapi kerajaan Barisan Nasional cakap tak apa, kita tolong mereka, harap-harap mereka sedar!


7. Kaum wanita pulak tak ada kerja, tak apa, jumpa YB, "kami nak mesin jahit, nak buat baju raya, untuk jual tambah pendapatan keluarga". YB pun buat satu pusat menjahit kampung, peruntukan datang daripada bajet tahunan yang kerajaan bagi.


8. Anak nak masuk universiti, tapi result kurang memberangsangkan, mintak YB tolong, YB pun telefon lah sana-sini, dapat masuk, kurang-kurang politeknik. Yang anak cina kebun sayur, result cemerlang tapi tak dapat masuk universiti, jumpa jugak YB kita, dia pun call lagi sana-sini, dapat jugak masuk universiti.


9. Jambatan kayu dah uzur, anak-anak nak pergi sekolah bahaya! jom jumpa YB, oh YB pun pegi cari kontraktor untuk buat jambatan baru, cari yang tempatan, supaya anak muda tempatan pun boleh cari makan sikit


10. Tengah malam, ketuk pintu, YB! tolong saya! suami tak balik dari laut lagi! YB pun ambil songkok, ikut lah pegi tepi pantai, tengok apa-apa yang patut, panggil Polis, Bomba, ya lah, kalau orang kampung sendiri pergi panggil Polis, Bomba mungkin kurang mendapat layanan. Tunggulah sampai pagi, ikut perkembangan gerakan mencari pulak.


11. Bergaduh suami-isteri, suami tinggal rumah, cari perempuan indon, isteri nak bagi makan anak-anak tak ada duit, jumpa siapa? YB jugak, YB pun pergi lah rumah Nur, mintak tolong ibu tunggal ini.

Kesimpulan


12. Saya rasa banyak lagi sumbangan Barisan Nasional yang tidak disebut di sini kepada ibu-bapa, kaum keluarga anda yang tinggal di kampung-kampung. Sebab itulah mereka masih memberi undi kepada Barisan Nasional. Tak dinafikan, ada yang tak buat kerja, sebab itulah ada yang antara hayat politik mereka pendek-pendek.


13. Tuan-tuan hanya nampak sumbangan PM-PM kita yang besar-besar sahaja. Hakikatnya, cuba lihat perkara sekeliling kita, jalan, lampu, pembangunan infrastruktur, universiti, macam-macam lagi. Barisan Nasional secara keseluruhannya telah membawa kemajuan kepada negara kita dari pelbagai segi, bahkan dari segi islamiknya jugak (perhatian kepada puak-puak PAS).


14. Tengoklah zaman melayu kaki minum seperti 60-an dahulu ada lagi tak? sekarang pun ada jugak, tapi tidak secara terang-terangan kerana menjadi taboo kepada masyarakat tempatan. Sebab itu kita tengok kalau orang melayu buat perkara seperti pergi dangdut dan kahwin 2-3, kita rasa pelik. Terima kasih kepada jabatan-jabatan agama kerajaan yang sentiasa memberi penekanan dakwah yang berpanjangan.


15. Hakikatnya, tuan-tuan, fitrah manusia untuk mencari keburukan seseorang daripada melihat kebaikan yang disumbangkan. Tapi, kita juga mesti berpijak di bumi nyata. Kita nak kebebasan itu, ini, tapi secara pengisiannya (substance), apa yang kita dapat? hanya dapat seronok, kerana kita dapat mendedahkan kisah orang itu, orang ini, kebebasan bersuara! kebebasan bersuara untuk apa kalau boleh menggugat keharmonian antara kaum? pendedahan Raja Petra kerajaan rasuah! memang terdapat jugak hantu-hantu di dalam Barisan Nasional, tidak dapat dinafikan, terutamanya di zaman Pak Lah yang tidak mengambil peduli langsung hal ehwal rakyat di samping penglibatan anak-menantunya secara langsung di dalam pentadbiran negara. Tetapi, ini hanya satu orang perosak dan segelintir sahaja konco-konconya, yang 90% lagi dalam Barisan Nasional memang bekerja untuk rakyat. Memang usaha sedang dijalankan untuk menyingkirkan 1 orang ini.


16. Tak perlulah cakap berkenaan kita bayar cukai maka kerajaan wajib bagi bantuan kepada kita. Cuba anda tengok balik statement cukai anda itu, berapa sen sangat yang anda bayar? Dah bangun tidur, bukak lampu (kerajaan bagi subsidi). Bukak paip air nak mandi (pengurusan air yang cekap dipelopori kerajaan). Pegi kerja lalu atas jalan (pun kerajaan yang bina). Banyak lagi. Setiap hari yang anda lalui semua kerajaan ada sebahagian daripadanya. Jadi tanyalah diri anda sendiri, adakah nilai cukai yang anda bayar itu, anda mendapat lebih dari yang sepatutnya?


17. Jadi tuan-tuan, fikirlah semasak-masaknya. Jangan rasa nak tukar sahaja kerajaan, tak fikir langsung akibatnya. Terutamanya golongan muda, jangan masuk Barisan Nasional kalau hanya fikir nak untung/kaya cepat. Masuk hanya nak kontrak kerajaan. Golongan muda yang berada di luar pula, mungkin saudara-saudari tidak melalui pengalaman getir serta kesusahan di masa lampau kerana bila anda sudah lahir, segalanya hampir lengkap.


18. Cubalah tanya diri sendiri, anda adalah produk daripada mana? Universiti mana? sekolah mana? tidakkah sekelumit pun perjalanan anda ke menara gading itu mendapat sumbangan daripada kerajaan? buku teks, kos pembelajaran yang murah dan semua orang ada peluang belajar, dan banyak lagi. Fikirkanlah negara yang telah dibina 50 tahun yang lalu ini oleh Barisan Nasional yang diterajui Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, dan Tun Dr Mahathir, adakah kita mahu serahkan kembali kepada penjajah?


sila klik untuk baca seterusnya..


No comments:

Cars & Formula 1