Utusan Malaysia Mempromosikan Keganasan - Pakatan Rakyat
Selasa, 21 Oktober 2008 • Kategori: Berita Semasa, Nasional, Sabah & Labuan
Kenyataan Akhbar Sekretariat Pakatan
20 Oktober 2008
Utusan Malaysia Mempromosikan Keganasan
Pakatan Rakyat mengecam tindakan akhbar harian Utusan Malaysia kerana menyiarkan sebuah cerpen yang mempromosikan keganasan dan mengapi-apikan sentimen perkauman baru-baru ini.
Dalam sebuah cerpen yang bertajuk “Politik Baru YBJ” tulisan Datuk Chamil Wariya yang terbit di Mingguan Malaysia minggu lepas mengisahkan mengenai perjalanan ahli parlimen Alam Maya, Josephine untuk menghadiri dialog dengan “generasi muda seketurunan dengannya yang pernah mempersendakan lagu Negaraku sewaktu menuntut di luar negara”.
Cerpen tersebut mengambarkan Josephine sebagai pro-Cina dan tidak mewakili pelbagai kaum, terutamanya oleh Parti Orang Melayu (POM). Akhirnya beliau ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali atas sebab beliau “adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini”.
Pakatan Rakyat melihat cerpen yang bersifat “character assassination” ini secara jelas ditujukan kepada Ahli Parlimen DAP, YB Teresa Kok yang ditahan dibawah ISA baru-baru ini.
Cerpen yang disiarkan di dalam akhbar milikan Umno tersebut adalah usaha berterusan Umno untuk menjadikan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu sebagai sasaran untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan ketegangan di antara kaum.
Utusan Malaysia telah diboikot oleh Pakatan Rakyat sejak bulan Jun tahun ini atas sebab pelaporannya yang bias dan sering mempermainkan isu perkauman. Namun kini Utusan Malaysia bukan sahaja menyebarkan kebencian sesama kaum, tetapi sehingga ke tahap menggalakkan keganasan melalui karya cerpen. Ini merupakan perkembangan yang amat membimbangkan.
Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kebebasan untuk berkarya harus selari dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu tanpa menggugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.
Kami dengan ini mendesak agar Utusan Malaysia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyiarkan cerpen yang membuat provokasi berbaur perkauman. Maka kami menyeru agar masyarakat umum memboikot Utusan Malaysia sehingga media arus perdana tersebut berhenti daripada mempermainkan isu ini..
YB. Dr Hatta Ramli
Bendahari Agung PAS
YB Tian Chua
Ketua Penerangan PKR
YB Anthony Loke
Ketua Pemuda DAP
Nota :-
2. Malah mereka mengadaptasikan kisah cerpen dan novel ini ke layar perak yang dibuat dengan kos yang berjuta-juta dolar dengan kesan khas yang amat menakjubkan kita semua. Kita pula berduyun-duyun tidak mengira waktu menyaksikan kecanggihan penghasilannya dan dalam pada masa yang sama mempengaruhi jiwa dan minda kita untuk mengikut perspektif mereka pula.
3. Sedar atau tidak akan mereka bahawa ketua umum mereka telah lama mempraktikkan kaedah ini dengan cara halus dan berkesan. Dari mana datangnya ilmu-ilmu pukau moden hingga kita sesama Melayu kini telah berpecah-belah, berselingsing lengan bertegang leher kerana yang remeh-temeh sahaja.
Fikirkan lah...
No comments:
Post a Comment